Rodri tersisih lawan Palace
Rodri tersisih lawan Palace

Manchester, England: Manchester City sekali lagi tidak akan diperkuatkan oleh Rodri untuk aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Crystal Palace pada Ahad ketika pemenang Ballon d’Or itu masih menjalani pemulihan daripada kecederaan hamstring sejak Oktober.
City pastinya merindui pemain tengah Sepanyol berusia 29 tahun itu dalam usaha memburu gelaran, selepas mereka merapatkan jurang dengan Arsenal dan kini berada dua mata di belakang pendahulu liga selepas 15 perlawanan.
“Rodri berlatih dengan sangat baik,” kata penolong pengurus City, Kolo Toure, kepada wartawan hari ini. “Dia nampak semakin tajam setiap hari, tapi sudah tentu saya tak fikir kita akan melihatnya hujung minggu ini. Dia masih dalam proses pemulihan.”
Toure menggantikan Pep Guardiola yang tidak menghadiri sidang media pra-perlawanan kerana “urusan peribadi”, sesuatu yang tidak akan menjejaskan kehadirannya pada perlawanan Ahad.
“Ya, Pep okay. Cuma perkara kecil yang menghalangnya hadir hari ini, tapi semuanya baik,” kata Toure. “Dia pasti akan kembali (pada Ahad).”
Sementara itu, pertahanan John Stones yang tidak diturunkan ketika kemenangan 2-1 ke atas Real Madrid dalam Liga Juara-Juara pada Khamis dan turut terlepas kemenangan 3-0 ke atas Sunderland minggu lalu, masih belum disahkan keadaannya. Toure berkata senarai akhir pemain hanya akan ditentukan selepas sesi latihan esok.
“Hari ini pemain diberi cuti. Esok bila semua kembali, barulah kami tahu lebih jelas,” katanya. “Masalah John adalah pada paha. Saya yakin ia bukan kecederaan terlalu serius dan dia akan kembali tidak lama lagi.”
Toure turut mengesahkan perlawanan Ahad akan menjadi aksi terakhir Omar Marmoush dan Rayan Ait-Nouri sebelum mereka menyertai skuad Mesir dan Algeria masing-masing bagi Piala Negara-Negara Afrika yang bermula 21 Disember.
Ketika ditanya sama ada Arsenal kini terasa tekanan dengan City semakin menghampiri, Toure menegaskan pasukannya hanya fokus pada kerja sendiri.
“Kami tahu kualiti Arsenal, mereka ada skuad angat kuat dan pengurus yang hebat tapi semuanya bergantung pada kami,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rukun Negara Perlu Diangkat Semula, Yussof Latiff Tegaskan Pentingnya Penghayatan
- Jangan Tuduh UMNO Semberono, Kerajaan Terengganu Urus FELDA Pun Masih Kelam-kabut
- Zahari Terus Komited Turun Padang, Santuni Rakyat Di Kawasan
Jangan Putar-Belit Isu Felda, Hentikan Tuduh UMNO – Tengku Haphiz
“Kami ada pengurus terbaik di dunia yang bekerja dengan luar biasa setiap hari, penuh semangat, sangat sayangkan pemain dan stafnya. Kami tahu dia akan membawa kami sejauh mungkin untuk menang liga. Fokus kami cuma pada apa yang kami boleh kawal.
“Kami tak fokus pada apa Arsenal buat. Setiap perlawanan bagi kami umpama final.”
Arsenal akan menjadi tuan rumah kepada pasukan tangga tercorot Wolverhampton Wanderers pada awal pagi Ahad. Palace ketika ini mengumpul 26 mata, menduduki tangga keempat dengan lima mata di belakang City.
Rodri tersisih lawan Palace
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Jadikan UEC Alat Politik, Utamakan Masa Depan Anak Bangsa – Norshida
- Pemuda UMNO Tegas Tolak UEC, Tidak Selaras Dasar Negara – Hafiz Ariffin
- Isu Tuntutan Sulu: Azmi Sifatkan Azalina Menteri Bertanggungjawab, Pertahan Kedaulatan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kes Tuntutan Sulu: UMNO Jelas Konsisten Jadi Pembela Serangan Luar, Dalam
You must be logged in to post a comment.