Polis tahan 14 ‘scammer’ China sembunyi dalam hotel

Polis tahan 14 ‘scammer’ China sembunyi dalam hotel

Polis tahan 14 ‘scammer’ China sembunyi dalam hotel
POLIS menahan 14 ‘scammer’ yang bersembunyi di dalam hotel. – Foto Khaosod

BANGKOK – Polis menahan 14 warga China hari ini kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penipuan internet (scam), selepas mereka masuk ke Thailand secara haram dari Myanmar dan bersembunyi di sebuah hotel di Bangkok, lapor laman berita Thaiger.

Anggota-anggota polis membuat pemeriksaan di kawasan sekitar hotel tersebut dan mendapati, lebih 10 individu warga China bergerak keluar masuk dalam keadaan mencurigakan.

Polis kemudian menyerbu hotel itu dan menemui 14 lelaki warga China yang menginap dengan kira-kira tiga hingga empat orang dalam setiap bilik hotel.

Semasa pemeriksaan pasport, hanya tujuh daripada 14 individu itu dapat menunjukkan dokumen yang sah.

Tiga individu telah tinggal lebih masa, empat daripada mereka tidak mempunyai cop masuk ke negara itu, manakala tujuh lagi langsung tidak mempunyai pasport.

Ketika soal siasat, semua suspek mengaku memasuki Thailand secara haram melalui daerah Mae Sot, sebuah daerah yang berkongsi sempadan dengan Myanmar.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jangan Putar-Belit Isu Felda, Hentikan Tuduh UMNO – Tengku Haphiz


Menurut laporan laman berita Khaosod, mereka mendakwa melarikan diri daripada tindakan keras pihak berkuasa Myanmar yang menyasarkan kumpulan ‘scammer’.

Polis tahan 14 ‘scammer’ China sembunyi dalam hotel

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kes Tuntutan Sulu: UMNO Jelas Konsisten Jadi Pembela Serangan Luar, Dalam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker