Pemuda UMNO Tegas Tolak UEC, Tidak Selaras Dasar Negara – Hafiz Ariffin

Pemuda UMNO Tegas Tolak UEC, Tidak Selaras Dasar Negara – Hafiz Ariffin

Pemuda UMNO Tegas Tolak UEC, Tidak Selaras Dasar Negara – Hafiz Ariffin

KUALA LUMPUR, 12 Dis – Isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) kembali mencuri perhatian dan menyifatkan seolah-olah mahu menghidupkan semula tuntutan itu sebagai politik sempit yang tidak membawa manfaat kepada negara.

Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia, Hafiz Ariffin menegaskan bahawa Pemuda UMNO kekal berpendirian jelas, konsisten dan tidak apologetik sejak dahulu bahawa UEC tidak selaras dengan Dasar Pendidikan Negara sekaligus tidak wajar diberi pengiktirafan.

Menurutnya, UMNO berpegang teguh atas prinsip mempertahankan sistem pendidikan kebangsaan yang telah dibina sejak merdeka.

“Tanggungjawab untuk membuktikan dan meyakinkan negara tentang UEC ini bukan terletak pada UMNO. Itu adalah masalah yang perlu dibuktikan oleh pihak yang memperjuangkannya bahawa UEC boleh diselaraskan mengikut acuan Malaysia dan patuh perlembagaan. Jangan cuba meniup dan mengheret sentimen perkauman atas percanggahan dasar yang jelas bertentangan dengan perlembagaan.

”Jika UMNO tidak bersetuju tetapi Perdana Menteri, Menteri Pendidikan dan Jemaah Menteri bersetuju, maka pengiktirafan itu tetap boleh dilakukan dan adakah gagal meyakinkan mengenai tuntutan ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dakwaan UMNO Terengganu Cuba Timbulkan Polemik Tidak Berasas – Rozi Mamat


“Mereka seharusnya dipertanggungjawabkan yang cuba membangkitkan dan menekan kerajaan untuk mengiktiraf UEC. Sewajarnya mengambil tanggungjawab menjawab tekanan, bukannya melepaskan beban itu kepada pihak lain,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Tambah beliau lagi, setiap cadangan untuk mengiktirafkannya tidak boleh dibuat secara terburu-buru hanya demi memenuhi desakan tertentu.

“UEC bukan perkara kecil. Ia adalah dasar yang sangat sensitif, dan apabila diteliti isi kandungan serta silibusnya, terdapat perkara-perkara yang tidak selari dengan perlembagaan dan dasar pendidikan kebangsaan,” katanya lagi.

Mengulas lanjut kata Hafiz lagi, tindakan tersebut bukan sahaja gagal menyumbang kepada penyelesaian sebenar, malah boleh menggugat keharmonian sistem pendidikan dan keseimbangan sosial yang selama ini dipelihara.

“Saya melihatnya lebih kepada gerakan politik untuk meraih semula keyakinan penyokong tegar, bukan usaha dasar yang ikhlas. Ia kembali kepada pendekatan ‘zero-sum game’. Tindakan sebegini tidak bertanggungjawab dan ia hanya satu ‘political stunt’.

“Maka, adalah sukar untuk kerajaan mempertimbangkan pengiktirafan selagi tiada penyelarasan dan pengharmonian mengikut acuan Malaysia,” ujarnya. – UMNO Online

Pemuda UMNO Tegas Tolak UEC, Tidak Selaras Dasar Negara – Hafiz Ariffin

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kes Sulu: Hargai Usaha Kekalkan Kedaulatan, Tolak Tuntutan Tidak Berasas – Rosni Zahari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker