Pembantu penguat kuasa JPJ dihukum penjara 2 tahun, denda RM208,000 kes rasuah lindung syarikat lori

Pembantu penguat kuasa JPJ dihukum penjara 2 tahun, denda RM208,000 kes rasuah lindung syarikat lori

Pembantu penguat kuasa JPJ dihukum penjara 2 tahun, denda RM208,000 kes rasuah lindung syarikat lori
Pembantu Penguat kuasa JPJ Cawangan Muar, Ahmad Jamil Md Saru, 43, didapati salah atas 16 pertuduhan menerima rasuah bagi melindungi syarikat lori. – NSTP/ Meor Riduwan Meor Ahmad

MELAKA: Pembantu penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dihukum penjara dua tahun dan denda RM208,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini, selepas didapati salah atas 16 pertuduhan menerima suapan dengan jumlah keseluruhan RM36,100.

Rasuah itu diterima tertuduh, Ahmad Jamil Md Saru, 43, bagi melindungi lori syarikat pengangkutan yang melakukan kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 antara 2016 hingga 2021.

Hakim Elesabet Paya Wan membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan dan gagal mematahkan anggapan mengikut Seksyen 50 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009 yang terpakai bagi pertuduhan Seksyen 17(a) akta sama.

Tertuduh disabitkan bersalah atas enam pertuduhan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama, selain 10 pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.P

Bagi pertuduhan pertama hingga keenam, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun setiap satu dan denda keseluruhan RM158,000, dengan tiga hingga lapan bulan penjara sekiranya gagal membayar denda.

Hakim memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak dari tarikh keputusan hari ini, sekali gus tertuduh hanya perlu menjalani dua tahun pemenjaraan.

Bagi 10 pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, mahkamah menjatuhkan hukuman denda berjumlah RM50,000 (setiap satu RM5,000) dan gagal bayar tiga bulan penjara.

Mengikut enam pertuduhan Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009, Ahmad Jamil yang bertugas di JPJ Muar didakwa menerima suapan berjumlah RM31,100 daripada pengurus syarikat pengangkutan secara pindahan dalam talian di dua cawangan bank antara 26 Januari 2016 hingga 12 Mac 2021.

Bagi 10 pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, tertuduh didakwa menerima wang keseluruhan RM5,000 tanpa balasan daripada pengurus syarikat sama dengan mengetahui premis terbabit mempunyai hubungan dengan kerja rasminya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kes Sulu: Hargai Usaha Kekalkan Kedaulatan, Tolak Tuntutan Tidak Berasas – Rosni Zahari


Semua kesalahan itu dilakukan di Maybank Malaysia Berhad Cawangan Merlimau, Jasin, antara 28 April 2020 hingga 3 Mac 2021.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Natrah Fareha Rahmat, manakala .

tertuduh diwakili peguam, Mohd Azlan Shah Mohd Allias.

Mahkamah membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman selepas dipohon pihak pembelaan untuk membuat rayuan dengan syarat Notis Rayuan perlu difailkan hari ini dan jaminan dinaikkan daripada RM10,500 kepada RM15,000.

Tertuduh membayar jaminan terbabit.

Pembantu penguat kuasa JPJ dihukum penjara 2 tahun, denda RM208,000 kes rasuah lindung syarikat lori


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kes Tuntutan Sulu: UMNO Jelas Konsisten Jadi Pembela Serangan Luar, Dalam

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker