Palmer, Fofana kembali perkasa Chelsea
Palmer, Fofana kembali perkasa Chelsea

London: Cole Palmer dan Wesley Fofana bakal kembali beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge menentang Everton malam esok, namun Liam Delap dijangka diketepikan selama dua hingga empat minggu akibat kecederaan bahu, kata pengurus Enzo Maresca, hari ini.
Chelsea yang memburu kemenangan pertama dalam liga sejak kunjungan bulan lalu ke Burnley, mahu bangkit daripada kekalahan Liga Juara-Juara di tangan Atalanta pada pertengahan minggu, perlawanan yang menyaksikan Fofana terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan mata.
Pemain tengah menyerang Palmer, yang baru kembali selepas enam minggu berehat kerana masalah groin dan jari kaki patah, tidak dibawa ke Atalanta sebagai sebahagian daripada proses pemulihan.
“(Palmer) okay. Dia semakin baik. Buat masa ini dia boleh diturunkan, semalam dia tamatkan sesi latihan dengan sedikit rasa bercampur-campur. Tapi secara keseluruhannya dia baik,” kata Maresca. “Wesley pun okay. Dia lengkapkan sesi latihan semalam.”
Maresca berkata, Delap yang mengalami kecederaan bahu ketika seri tanpa jaringan menentang Bournemouth hujung minggu lalu, memerlukan lebih masa untuk pulih.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Belia Negeri Sembilan Diperkasa, Mohd Razi Tegaskan Terus Komited Lahirkan Pemimpin Masa Depan
- Pemuda UMNO Sambut Baik Keputusan Kes Sulu, Kemenangan Pertahan Kedaulatan Negara
- Sharif Musa Seru Ahli UMNO Sabah Perkukuh Kesatuan di Bawah Kepimpinan Baharu
Kes Sulu: Hargai Usaha Kekalkan Kedaulatan, Tolak Tuntutan Tidak Berasas – Rosni Zahari
“Ia boleh jadi dua, tiga atau empat minggu. Kami tak tahu dengan tepat berapa hari yang dia perlukan,” katanya.
Chelsea, yang tanpa kemenangan dalam empat perlawanan terakhir, masih bergelut untuk mendapatkan semula prestasi cemerlang awal musim apabila mereka menang sembilan daripada 11 perlawanan dalam semua pertandingan dari hujung September hingga November, termasuk kemenangan 3-0 ke atas Barcelona.
Maresca berkata konsistensi adalah “langkah seterusnya” buat Chelsea yang kini berada di tangga kelima EPL.
“Bagaimana kita nak capai itu? Ia cuma seminggu, bukan tempoh yang panjang, tapi bila sesuatu berlaku, perlawanan seterusnya kita lebih bersedia dan boleh elakkan perkara sama,” katanya.
“Sebagai manusia, mustahil untuk kekal pada tahap yang sama sepanjang musim, tapi kita perlu belajar untuk masa depan.”
Palmer, Fofana kembali perkasa Chelsea
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Jadikan UEC Alat Politik, Utamakan Masa Depan Anak Bangsa – Norshida
- Pemuda UMNO Tegas Tolak UEC, Tidak Selaras Dasar Negara – Hafiz Ariffin
- Isu Tuntutan Sulu: Azmi Sifatkan Azalina Menteri Bertanggungjawab, Pertahan Kedaulatan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kes Tuntutan Sulu: UMNO Jelas Konsisten Jadi Pembela Serangan Luar, Dalam
You must be logged in to post a comment.