Nafuzi umum sasaran baharu, impi final dan emas

Nafuzi umum sasaran baharu, impi final dan emas

Nafuzi umum sasaran baharu, impi final dan emas
NAFUZI sedar bukan mudah berdepan tuan rumah. FOTO Bernama

Bangkok: Skuad Bawah 23 (B-23) negara melangkah ke separuh akhir Sukan Sea 2025 selepas mara sebagai naib juara terbaik, dengan slot itu disahkan sebaik saja Indonesia menewaskan Myanmar 3-1 dalam aksi terakhir Kumpulan C.

Bagi ketua jurulatih, Nafuzi Zain, kelayakan ini menghadirkan kelegaan besar selepas kempen yang penuh tekanan dan cabaran sejak perlawanan pertama.

“Matlamat awal kami memang untuk ke separuh akhir, dan Alhamdulillah, sasaran itu berjaya dicapai,” katanya.

“Selepas semua yang kami lalui, layak ke separuh akhir ini satu nikmat yang sangat bermakna.”

Namun Nafuzi segera meningkatkan sasaran pasukannya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jangan Putar-Belit Isu Felda, Hentikan Tuduh UMNO – Tengku Haphiz


“Sekarang sasaran adalah final dan pingat. Sudah tentu emas. Kita cuma tinggal satu langkah lagi dan kami akan beri segala-galanya untuk itu,” katanya.

Malaysia akan bertemu tuan rumah Thailand pada 15 Disember, cabaran berat yang tidak dipandang ringan oleh Nafuzi.

“Thailand pasukan kuat, terutama bila beraksi di laman sendiri. Ia bukan perlawanan mudah. Pemain kena memberikan segalanya,” katanya.

“Kami sudah belajar daripada pertemuan sebelum ini, terutama kesilapan yang kami lakukan.”

Perkembangan penting menjelang separuh akhir ialah potensi kembalinya penyerang Haqimi Azim Rosli, yang ketiadaannya cukup dirasai dalam pembinaan serangan Harimau Muda.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kes Sulu: Hargai Usaha Kekalkan Kedaulatan, Tolak Tuntutan Tidak Berasas – Rosni Zahari


“Ada pemain cedera, ada digantung,” kata Nafuzi.

“Esok kami akan nilai siapa yang benar-benar pulih dan boleh berdepan Thailand. Tapi untuk Haqimi, kami jangka dia kembali menyertai persiapan separuh akhir.”

Kepulangannya dijangka memberi suntikan besar, lebih-lebih lagi apabila Malaysia sering berdepan kekangan sejak awal kempen.

“Isu-isu ini memang dah jadi rutin untuk kami, kecederaan, penggantungan, pilihan yang terhad. Sampai ke separuh akhir pun kami masih berdepan situasi yang sama. Tapi kemanisannya datang bila kami layak,” katanya.

Dengan kemungkinan Haqimi kembali dan tiket final menjadi rebutan, Malaysia menuju 15 Disember dengan keyakinan baharu dan impian emas yang masih menyala.

Nafuzi umum sasaran baharu, impi final dan emas

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kes Tuntutan Sulu: UMNO Jelas Konsisten Jadi Pembela Serangan Luar, Dalam

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker