Kes Tuntutan Sulu: UMNO Jelas Konsisten Jadi Pembela Serangan Luar, Dalam
Kes Tuntutan Sulu: UMNO Jelas Konsisten Jadi Pembela Serangan Luar, Dalam

KUALA LUMPUR, 12 Dis – Kemenangan terhadap kes tuntutan Sulu menjadi bukti jelas bahawa UMNO konsisten menjadi pembela dan benteng daripada serangan petualang di dalam mahupun luar negara.
Ketua Penerangan UMNO Negeri Selangor, Datuk Mohd Zaidi Md Zain berkata, keputusan tersebut secara langsung mengesahkan bahawa Sabah adalah wilayah berdaulat Malaysia.
“Saya melihat keputusan Mahkamah Rayuan Paris yang membatalkan sepenuhnya ‘Award Akhir’ membabitkan pampasan bernilai AS$14.9 bilion kepada penuntut yang mendakwa waris Kesultanan Sulu telah memberikan impak positif ketara terhadap kedaulatan Sabah dan Malaysia amnya.
“Keputusan ini secara langsung mengesahkan bahawa Sabah adalah sebahagian daripada wilayah berdaulat Malaysia dan tuntutan Kesultanan Sulu adalah tidak berasas sama sekali.
“Keputusan ini juga telah memberikan kelegaan kepada Malaysia kerana tidak lagi berhadapan dengan risiko aset-aset di luar negara disasarkan atau dirampas untuk memenuhi tuntutan tersebut,” katanya kepada UMNO Online.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Johor Terus Amalkan Pendekatan Kolaboratif Dalam Agenda Perumahan Rakyat – Mohd Jafni
- Ahmad Zahid Tegaskan Kepentingan Memperkasa Ekosistem Perlindungan Sosial Negara
- Mohd Zaidy Tegaskan Komitmen Demi Rakyat Dalam Perbahasan Belanjawan Negeri Sembilan 2026
Dakwaan UMNO Terengganu Cuba Timbulkan Polemik Tidak Berasas – Rozi Mamat
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Bangi berkata, negara akan berdepan dengan peras ugut waris Kesultanan Sulu secara berterusan sekiranya gagal mendapatkan kemenangan ke atas kes tersebut.
“Jika tidak, negara kita akan berhadapan dengan peras ugut oleh ‘waris Sulu’ secara berterusan dan ia boleh mendatangkan banyak implikasi negatif kepada kewangan negara serta hubungan antarabangsa.
“Namun apa yang lebih bermakna apabila keputusan ini diikuti dengan perintah pembayaran kos hampir RM 1 juta yang menggambarkan bahawa tuntutan mereka sebenarnya tidak bermerit dan menyusahkan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau turut mengucapkan tahniah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said yang sentiasa komited memperjuangkan isu tersebut.
“Semoga keputusan ini memberi pengajaran besar kepada mereka yang berniat jahat cuba mengganggu-gugat kedaulatan negara yang telah di bina dengan utuh oleh pemimpin terdahulu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rukun Negara Perlu Diangkat Semula, Yussof Latiff Tegaskan Pentingnya Penghayatan
- Jangan Tuduh UMNO Semberono, Kerajaan Terengganu Urus FELDA Pun Masih Kelam-kabut
- Zahari Terus Komited Turun Padang, Santuni Rakyat Di Kawasan
Jangan Putar-Belit Isu Felda, Hentikan Tuduh UMNO – Tengku Haphiz
“Tahniah saya ucapkan kepada Menteri Undang-Undang, Datuk Seri Azalina Othman Said dan seluruh kumpulan beliau yang begitu komited mempertahankan hak dan kedaulatan negara. Ia jelas selari dengan tonggak perjuangan UMNO yang jelas dan konsisten menjadi pembela juga benteng daripada serangan petualang dari dalam serta luar negara.
Pada Khamis media melaporkan keputusan Mahkamah Rayuan Paris membatalkan sepenuhnya ‘Award Akhir’ dalam tuntutan pihak yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah disifatkan sebagai kemenangan besar kepada negara.
Azalina, berkata kemenangan itu bukan sahaja kejayaan undang-undang, malah kemenangan maruah, kedaulatan dan hak seluruh rakyat Malaysia terutama rakyat Sabah.
War Room Sekretariat Khas Sulu yang bertindak bagi pihak Kerajaan Malaysia mengesahkan keputusan Mahkamah Rayuan Paris disampaikan pada 9 Disember, dan kerajaan menerima penghakiman rasmi berkenaan pada awal pagi tadi.
Mahkamah mendapati Stampa tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan ‘Award Akhir’ itu kerana tiada perjanjian timbang tara yang sah mengikat Malaysia. – UMNO Online
Oleh: Nuralyaa Izzati Azman
Kes Tuntutan Sulu: UMNO Jelas Konsisten Jadi Pembela Serangan Luar, Dalam
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Belia Negeri Sembilan Diperkasa, Mohd Razi Tegaskan Terus Komited Lahirkan Pemimpin Masa Depan
- Pemuda UMNO Sambut Baik Keputusan Kes Sulu, Kemenangan Pertahan Kedaulatan Negara
- Sharif Musa Seru Ahli UMNO Sabah Perkukuh Kesatuan di Bawah Kepimpinan Baharu
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kes Sulu: Hargai Usaha Kekalkan Kedaulatan, Tolak Tuntutan Tidak Berasas – Rosni Zahari
You must be logged in to post a comment.