Jayden sambar gangsa, kuartet lelaki pecah rekod kebangsaan

Jayden sambar gangsa, kuartet lelaki pecah rekod kebangsaan

Jayden sambar gangsa, kuartet lelaki pecah rekod kebangsaan
JAYDEN (kanan) mempamerkan pingat yang dimenanginya. FOTO Reuters

Kuala Lumpur: Perenang negara, Jayden Tan meraih pingat gangsa acara 400 meter rampaian individu lelaki pada Sukan Sea Thailand selepas melalui saingan sengit di Pusat Akuatik Huamark, hari ini.

Jayden, 21, mencatat masa 4 minit 25.98 saat (s), rekod terbaik musimnya, sekali gus memastikan berjaya meraih podium.

Vietnam terus mempamerkan kekuatan apabila meraih kedudukan 1-2 dalam acara itu.

Nguyen Quang Thuan muncul juara dengan catatan 4:19.98s, manakala rakan senegaranya, Tran Hung Nguyen meraih perak dengan 4:25.45s.

Sementara itu, kuartet Khiew Hoe Yean, Andrew Goh, Lim Yin Chuen dan Bryan Leong memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 4x100m rampaian lelaki selepas mencatat masa 3:41.92s, mengatasi rekod lama 3:42.12s yang dilakukan Hoe Yean, Andrew, Bryan dan Arvin Shaun Singh Chahal pada edisi Phnom Penh 2023.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jangan Putar-Belit Isu Felda, Hentikan Tuduh UMNO – Tengku Haphiz


Bagaimanapun, catatan rekod baharu itu masih belum cukup untuk menghadiahkan pingat apabila Malaysia menamatkan saingan di tempat kelima.

Emas dimenangi Singapura dengan 3:38.47s, diikuti Thailand (3:40.28s) dan Vietnam (3:41.34s).

Dalam acara renang berirama, pasangan negara Wu Hao Zheng dan Tang Khai Yee melakukan persembahan cemerlang untuk meraih pingat perak kategori duet campuran selepas mengumpul 324.7920 mata pada final.

Thailand memastikan kedudukan 1-3 dalam acara itu menerusi gandingan Adisaisiributr Kantinan–Songpan Supitchaya–Pongsuwan Pongpimporn dengan kutipan 447.3455 mata, manakala trio Khethirankanok Wattikorn–Jarupraditlert Chantaras–Takiennut Nichapa mengumpul 309.1234 mata untuk berada di tempat ketiga.

Jayden sambar gangsa, kuartet lelaki pecah rekod kebangsaan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kes Tuntutan Sulu: UMNO Jelas Konsisten Jadi Pembela Serangan Luar, Dalam

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker