Jangan Jadikan UEC Alat Politik, Utamakan Masa Depan Anak Bangsa – Norshida
Jangan Jadikan UEC Alat Politik, Utamakan Masa Depan Anak Bangsa – Norshida

JOHOR BAHRU, 12 Dis – Naib Ketua Wanita UMNO Johor, Datuk Norshida Ibrahim, menegaskan bahawa isu pengiktirafan Unified Examination Certificate (UEC) yang kembali diperdebatkan kini lebih bersifat politik daripada pendidikan.
Menurut beliau, persoalan mengenai UEC sering muncul menjelang pilihan raya dan dijadikan alat oleh pihak tertentu untuk meraih sokongan golongan tertentu.
“Isu ini bukan baru, timbul seakan bermusim malah dijadikan sandaran setiap kali menjelang musim pilihan raya,” katanya kepada UMNO Online.
Norshida yang juga Ketua Wanita UMNO Segamat menekankan bahawa pendidikan sepatutnya menjadi asas membina masa depan generasi baharu, bukannya bahan polemik politik.
Beliau juga menegaskan kepentingan menjaga keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia melalui integrasi nasional.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Johor Terus Amalkan Pendekatan Kolaboratif Dalam Agenda Perumahan Rakyat – Mohd Jafni
- Ahmad Zahid Tegaskan Kepentingan Memperkasa Ekosistem Perlindungan Sosial Negara
- Mohd Zaidy Tegaskan Komitmen Demi Rakyat Dalam Perbahasan Belanjawan Negeri Sembilan 2026
Dakwaan UMNO Terengganu Cuba Timbulkan Polemik Tidak Berasas – Rozi Mamat
“Pendidikan adalah antara alat utama dalam memastikan negara ini mempunyai hanya satu sistem pendidikan nasional yang menjadi asas kepada semua.
“Sesungguhnya ia tidak diiktiraf bukan kerana sukatan pelajaran atau kualiti graduannya tidak baik sebaliknya UEC ini bertentangan dengan sistem pendidikan dalam negara sendiri. Justeru adalah lebih wajar jika memperbaiki sistem pendidikan itu berdasarkan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan mengaplikasi kesatuan secara menyeluruh sebagaimana sekolah atau kolej-kolej lain yang diiktiraf secara rasmi.”
Norshida menyarankan supaya golongan pendesak UEC memperbaiki sistem pendidikan berdasarkan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan mengaplikasikan kesatuan secara menyeluruh.
Tambahnya, sikap mendesak tanpa kompromi tidak sihat dan tidak matang dalam konteks keharmonian bermasyarakat.
“Menjengah kembali zaman BN mentadbir, UEC tidak pernah diiktiraf, tetapi terdapat timbal balik melalui bentuk lain yang juga memberi ruang dalam pendidikan. Ini termasuk memberi taraf universiti penuh kepada Kolej Tunku Abdul Rahman (kini UTAR) dan membenarkan penubuhan beberapa universiti yang didukung masyarakat Cina,” jelas beliau.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rukun Negara Perlu Diangkat Semula, Yussof Latiff Tegaskan Pentingnya Penghayatan
- Jangan Tuduh UMNO Semberono, Kerajaan Terengganu Urus FELDA Pun Masih Kelam-kabut
- Zahari Terus Komited Turun Padang, Santuni Rakyat Di Kawasan
Jangan Putar-Belit Isu Felda, Hentikan Tuduh UMNO – Tengku Haphiz
Katanya, kewarasan akal fikiran amat penting dan meletakkan kepentingan segelintir pihak tanpa melihat masa depan secara menyeluruh hanya akan mendatangkan mudarat kepada negara. Beliau menambah, pengiktirafan UEC boleh dilakukan sekiranya ia disesuaikan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
“Ambillah iktibar daripada pelbagai kejadian yang berlaku di sekeliling kita kerana kegagalan mengurus kepelbagaian hanya akan merosakkan keharmonian dalam negara.
“Mudahnya, jika mahu UEC diiktiraf, aplikasilah Dasar Pendidkan Kebangsaan… tak ada masalah!” tegas beliau lagi. – UMNO Online
Jangan Jadikan UEC Alat Politik, Utamakan Masa Depan Anak Bangsa – Norshida
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Belia Negeri Sembilan Diperkasa, Mohd Razi Tegaskan Terus Komited Lahirkan Pemimpin Masa Depan
- Pemuda UMNO Sambut Baik Keputusan Kes Sulu, Kemenangan Pertahan Kedaulatan Negara
- Sharif Musa Seru Ahli UMNO Sabah Perkukuh Kesatuan di Bawah Kepimpinan Baharu
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kes Sulu: Hargai Usaha Kekalkan Kedaulatan, Tolak Tuntutan Tidak Berasas – Rosni Zahari
You must be logged in to post a comment.