Arteta yakin Gyokeres akan ‘meletup’
Arteta yakin Gyokeres akan ‘meletup’

London: Enam gol dalam 18 penampilan jauh daripada impak yang Arsenal harapkan daripada penyerang baharu mereka, Viktor Gyokeres, namun pengurus Mikel Arteta tetap yakin pemain Sweden itu akan ‘meletup’ pada waktunya.
Gyokeres meledak 54 gol bersama Sporting musim lalu, tetapi sentuhan berbisa itu masih belum muncul sejak perpindahan ke Arsenal, dengan pemain berusia 27 tahun itu hanya menjaringkan satu gol Liga Perdana Inggeris sejak September.
Hakikat Arsenal masih berada di puncak liga menjelang aksi menentang Wolverhampton Wanderers di laman sendiri Ahad ini menunjukkan kegagalan Gyokeres menemui rentak tidak menjejaskan pasukan.
Namun selepas kekalahan hujung minggu lalu kepada Aston Villa mengurangkan jurang pendahuluan mereka, Arteta kini perlukan penyerang itu kembali mengganas segera.
“Saya rasa kita perlu letakkan dia dalam keadaan terbaik untuk meledak dan capai potensi sebenarnya. Ada perkara yang dalam peranannya dan cara kita bermain, dia perlu penuhi,” kata Arteta.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Belia Negeri Sembilan Diperkasa, Mohd Razi Tegaskan Terus Komited Lahirkan Pemimpin Masa Depan
- Pemuda UMNO Sambut Baik Keputusan Kes Sulu, Kemenangan Pertahan Kedaulatan Negara
- Sharif Musa Seru Ahli UMNO Sabah Perkukuh Kesatuan di Bawah Kepimpinan Baharu
Kes Sulu: Hargai Usaha Kekalkan Kedaulatan, Tolak Tuntutan Tidak Berasas – Rosni Zahari
“Dan ia bukan sekadar itu. Lebih penting adalah hubungan dengan pemain di sekelilingnya. Sebelum kecederaan, dia berada dalam momentum yang sangat baik.
“Dia tiada pramusim. Sekarang dia baru dapat balik sedikit demi sedikit rentak itu. Gol akan datang, dan saya yakin kami akan gembira dengannya.”
Arteta turut mempunyai pilihan lain dengan Gabriel Jesus kembali cergas selepas membuat penampilan sulung musim ini sebagai pemain gantian ketika kemenangan Liga Juara-Juara ke atas Brugge.
“Kita tahu kualitinya, dia sudah banyak beri kepada pasukan. Kalau dia kekalkan kualiti seperti tempoh hari, dia pasti akan mencabar untuk berada dalam kesebelasan utama,” kata Arteta.
Kekalahan 1-2 pada minit akhir kepada Villa menjadi tamparan kepada misi kejuaraan Arsenal, dan mereka kini hanya dua mata di depan Manchester City serta tiga mata di depan Villa.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rukun Negara Perlu Diangkat Semula, Yussof Latiff Tegaskan Pentingnya Penghayatan
- Jangan Tuduh UMNO Semberono, Kerajaan Terengganu Urus FELDA Pun Masih Kelam-kabut
- Zahari Terus Komited Turun Padang, Santuni Rakyat Di Kawasan
Jangan Putar-Belit Isu Felda, Hentikan Tuduh UMNO – Tengku Haphiz
Dengan Wolves belum menang dalam 15 perlawanan dan dilihat semakin menghampiri zon penyingkiran, Arsenal mempunyai peluang terbaik untuk bangkit dan menambah tiga mata, sebahagian daripada lebih 90 mata yang Arteta percaya diperlukan untuk bergelar juara.
Namun Arteta menegaskan tiada ruang untuk leka.
“Kekalahan kepada Aston Villa membuka peluang besar untuk kami menangi perlawanan ini dan letakkan diri di posisi baik,” katanya.
“(Pemain) faham pasukan dalam situasi seperti Wolves akan cuba bangkit dan tunjuk taring.”
Arteta masih berteka-teki mengenai tahap kecergasan William Saliba yang terlepas tiga perlawanan, manakala Declan Rice pula dilaporkan tidak sihat minggu ini.
“Kita kena tunggu dan lihat. Sama saja seperti sebelum ini. Untuk perlawanan Everton nanti, saya rasa dia sempat cergas; untuk esok (Ahad), saya tak pasti,” katanya mengenai Saliba.
Mengenai Rice pula, Arteta berkata: “Kita tengok macam mana hari ini. Dia tak sihat, biasanya beberapa hari akan pulih, tapi kita kena tunggu dan lihat.”
Arteta yakin Gyokeres akan ‘meletup’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Jadikan UEC Alat Politik, Utamakan Masa Depan Anak Bangsa – Norshida
- Pemuda UMNO Tegas Tolak UEC, Tidak Selaras Dasar Negara – Hafiz Ariffin
- Isu Tuntutan Sulu: Azmi Sifatkan Azalina Menteri Bertanggungjawab, Pertahan Kedaulatan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kes Tuntutan Sulu: UMNO Jelas Konsisten Jadi Pembela Serangan Luar, Dalam
You must be logged in to post a comment.