Pemuda UMNO Sambut Baik Keputusan Kes Sulu, Kemenangan Pertahan Kedaulatan Negara
Pemuda UMNO Sambut Baik Keputusan Kes Sulu, Kemenangan Pertahan Kedaulatan Negara

KUALA LUMPUR, 11 Dis – Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie menyambut baik keputusan Mahkamah Rayuan Paris yang membatalkan sepenuhnya ‘Award Akhir’ tuntutan pihak yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah.
Menurut Sollehin, keputusan itu selari dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) merangkap Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said, yang menegaskan bahawa Malaysia berdiri teguh mempertahankan kedaulatan serta maruah negara.
Katanya, keputusan tersebut merupakan bukti jelas ketegasan Kerajaan MADANI yang berpegang teguh kepada prinsip undang-undang dalam mempertahankan kepentingan rakyat dan negara.
“Keputusan ini adalah kemenangan besar bagi negara dan seluruh rakyat Malaysia. Ia bukan sekadar undang-undang tetapi juga maruah, kedaulatan dan hak rakyat Malaysia terutamanya rakyat Sabah.
“Pemuda UMNO ingin menekankan bahawa keputusan ini adalah bukti komitmen Kerajaan MADANI mempertahankan negara secara berprinsip dan berpaksikan undang-undang. Dengan usaha gigih pasukan Jabatan Peguam Negara, Wisma Putra, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, JPM dan semua agensi kerajaan yang berganding bahu demi kepentingan rakyat dan negara,” katanya kepada UMNO Online.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Johor Terus Amalkan Pendekatan Kolaboratif Dalam Agenda Perumahan Rakyat – Mohd Jafni
- Ahmad Zahid Tegaskan Kepentingan Memperkasa Ekosistem Perlindungan Sosial Negara
- Mohd Zaidy Tegaskan Komitmen Demi Rakyat Dalam Perbahasan Belanjawan Negeri Sembilan 2026
Dakwaan UMNO Terengganu Cuba Timbulkan Polemik Tidak Berasas – Rozi Mamat
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang menegaskan bahawa undang-undang telah membuktikan dakwaan pihak penuntut adalah sandiwara politik dan perundangan yang tidak ada asas.

“Mahkamah Paris menolak tuntutan mereka sepenuhnya, kerana penimbang tara yang meluluskan ‘Award Akhir’ tidak mempunyai bidang kuasa dan tiada perjanjian timbang tara yang sah mengikat Malaysia. Selain itu, pihak penuntut diarahkan membayar kos berjumlah €200,000 kepada Malaysia.
“Untuk masyarakat memahami, kumpulan penuntut ini bukan sahaja menuntut pampasan berbilion ringgit, tetapi mereka cuba menggunakan proses timbang tara yang tidak sah untuk mendakwa hak ke atas Sabah. Ini adalah satu bentuk percubaan mencabar kedaulatan negara secara terang-terangan,” katanya lagi.
Seterusnya kata Sollehin lagi, bagi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia melihat kemenangan kes tersebut sebagai satu tamparan yang hebat kepada pihak yang cuba mencabar kedaulatan negara.
“Sebagai rakyat Malaysia khususnya generasi muda, kita harus memahami bahawa kemenangan ini mengukuhkan kedaulatan negara dan menegaskan bahawa setiap tuntutan yang tiada asas tidak akan diterima. Malaysia berjaya menegakkan haknya, sekaligus memberi mesej bahawa kedaulatan Sabah dan keseluruhan negara tetap utuh dan dilindungi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerjasama MARA Dan Batik Air Bantu Pelajar Miskin, B40 Jadi Jurutera Industri Penerbangan
- Onn Hafiz Serah Bantuan Kasih Johor Di Machap, Kerajaan Negeri Terus Perkukuh Agenda Kebajikan
- KKR Teliti Semula Projek Infrastruktur Awam, Berdasarkan Senarai Keutamaan
Kerajaan Komited Selesaikan Isu Perumahan Generasi Baharu FELDA, Bukan Retorik Pilihan Raya
“Kerajaan MADANI komited mempertahankan negara berpaksikan undang-undang, dengan usaha gigih pasukan Jabatan Peguam Negara, Wisma Putra, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, JPM dan semua agensi kerajaan yang berganding bahu demi kepentingan rakyat dan negara,” tegasnya. – UMNO Online
Pemuda UMNO Sambut Baik Keputusan Kes Sulu, Kemenangan Pertahan Kedaulatan Negara
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rukun Negara Perlu Diangkat Semula, Yussof Latiff Tegaskan Pentingnya Penghayatan
- Jangan Tuduh UMNO Semberono, Kerajaan Terengganu Urus FELDA Pun Masih Kelam-kabut
- Zahari Terus Komited Turun Padang, Santuni Rakyat Di Kawasan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Putar-Belit Isu Felda, Hentikan Tuduh UMNO – Tengku Haphiz
You must be logged in to post a comment.