Zahari Terus Komited Turun Padang, Santuni Rakyat Di Kawasan
Zahari Terus Komited Turun Padang, Santuni Rakyat Di Kawasan

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Ahli Dewan Undangan Negeri Buloh Kasap, Datuk Zahari Sarip terus komited turun padang menyantuni rakyat di kawasan.
Terbaharu beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Segamat meninjau Rumah Sejahtera Buloh Kasap yang merupakan rumah penjagaan warga emas.
Lawatan tersebut dilakukan Zahari susulan laporan dan video diterima beliau yang menunjukkan kediaman tersebut dimasuki air apabila hujan lebat.
“Ia perlu segera diambil tindakan, lebih-lebih lagi melibatkan penghuni warga emas.
“Saya dimaklumkan pihak Majlis Perbandaran Segamat juga telah meninjau keadaan di sini, dan insya-Allah tindakan akan diselaraskan bersama jabatan-jabatan yang berkaitan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerjasama MARA Dan Batik Air Bantu Pelajar Miskin, B40 Jadi Jurutera Industri Penerbangan
- Onn Hafiz Serah Bantuan Kasih Johor Di Machap, Kerajaan Negeri Terus Perkukuh Agenda Kebajikan
- KKR Teliti Semula Projek Infrastruktur Awam, Berdasarkan Senarai Keutamaan
Kerajaan Komited Selesaikan Isu Perumahan Generasi Baharu FELDA, Bukan Retorik Pilihan Raya
Turut hadir Ahli Majlis Perbandaran Segamat Ginny Loo dan pimpinan setempat.
Sementara itu menerusi hantaran terdahulu, Zahari turut sama memaklumkan pertemuan beliau bersama ketua kampung dan ketua masyarakat di kawasan Parlimen Segamat.
Menyifatkan ketua kampung dan ketua masyarakat memainkan peranan penting, beliau turut memanfaatkan masa tersebut untuk menyampaikan Bantuan Kasih Johor.
“Parlimen Segamat mempunyai 27 orang ketua kampung dan tujuh orang ketua masyarakat. Mereka adalah pemimpin akar umbi yang sentiasa berada di lapangan.
“Peranan mereka sangat besar dalam masyarakat, antaranya menjadi penghubung antara penduduk dan kerajaan, bertanggungjawab menyampaikan dasar-dasar kerajaan, merancang pembangunan sosio-ekonomi, menyelesaikan masalah penduduk, memupuk perpaduan, serta menerajui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK/JPKK) untuk memastikan kemajuan dan keharmonian di peringkat akar umbi.
“Dalam majlis ini, saya telah menyampaikan Bantuan Kasih Johor kepada semua ketua kampung dan ketua masyarakat seperti yang diumumkan oleh Menteri Besar Johor. Moga ia menjadi suntikan semangat kepada mereka untuk beri perkhidmatan yang lebih cemerlang di masa akan datang,” ujar beliau. – UMNO Online
Zahari Terus Komited Turun Padang, Santuni Rakyat Di Kawasan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Johor Terus Amalkan Pendekatan Kolaboratif Dalam Agenda Perumahan Rakyat – Mohd Jafni
- Ahmad Zahid Tegaskan Kepentingan Memperkasa Ekosistem Perlindungan Sosial Negara
- Mohd Zaidy Tegaskan Komitmen Demi Rakyat Dalam Perbahasan Belanjawan Negeri Sembilan 2026
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dakwaan UMNO Terengganu Cuba Timbulkan Polemik Tidak Berasas – Rozi Mamat
You must be logged in to post a comment.