Suami isteri maut, anak parah nahas dua kenderaan di Bentong

Suami isteri maut, anak parah nahas dua kenderaan di Bentong

Suami isteri maut, anak parah nahas dua kenderaan di Bentong
Suami isteri terbunuh dan anak mereka parah dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Kuala Lumpur, dekat Kampung Ketari, Bentong. – Foto JBPM PAHANG

BENTONG: Suami isteri maut manakala anak lelaki mereka parah dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Kuala Lumpur, dekat Kampung Ketari, di sini, malam tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Zulfadli Zakaria, berkata akibat kemalangan kira-kira jam 8 malam itu, pasangan terbabit yang tersepit dalam kereta Proton Iswara meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata, anak pasangan berkenaan turut tersepit dalam kenderaan dilaporkan parah.

Katanya, lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bergegas ke lokasi kejadian sebaik mendapat laporan mengenai kemalangan itu pada jam 8.19 malam.

“Sebaik tiba di lokasi bomba mendapati pemandu dan dua penumpang sebuah kereta tersepit dalam kenderaan dinaiki mereka,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dakwaan UMNO Terengganu Cuba Timbulkan Polemik Tidak Berasas – Rozi Mamat


Zulfadli berkata, kemalangan membabitkan kereta Proton Iswara dan Mercedes Benz.

Katanya, dua mangsa, iaitu seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia 51 tahun meninggal dunia di tempat kejadian, sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata seorang lagi mangsa berusia 23 tahun yang juga pemandu kenderaan itu disahkan mengalami kecederaan parah manakala pemandu Mercedes Benz berusia 40 tahun pula hanya cedera ringan dan dihantar ke Hospital Bentong untuk mendapatkan rawatan.

Suami isteri maut, anak parah nahas dua kenderaan di Bentong

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Putar-Belit Isu Felda, Hentikan Tuduh UMNO – Tengku Haphiz

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker