Madueke bersinar bantu Arsenal kekal rekod sempurna
Madueke bersinar bantu Arsenal kekal rekod sempurna

Bruges, Belgium: Noni Madueke dan Gabriel Martinelli menjaringkan gol cantik ketika Arsenal menundukkan Club Brugge 3-0 awal pagi tadi untuk meraih enam kemenangan daripada enam perlawanan dalam Liga Juara-Juara (UCL), sekali gus hampir pasti mengesahkan laluan automatik ke pusingan 16 terakhir.
Bekas pemain sayap Chelsea, Madueke, melepaskan rembatan hebat dari jarak jauh untuk memberi kelebihan pada separuh masa buat Gunners, sebelum menanduk dari jarak dekat sebaik babak kedua bermula.
Penyerang Brazil, Martinelli, kemudian menambah gol ketiga apabila memotong dari sebelah kiri dan melepaskan rembatan lengkungan dengan kaki kanan dari luar kotak penalti dan bersaing dengan Madueke bagi gol terbaik malam itu.
Kemenangan besar itu membolehkan Arsenal yang dibelenggu kecederaan menguasai tangga teratas peringkat liga UCL dengan 18 mata dan kedudukan lapan terbaik hampir pasti dengan dua perlawanan baki.
“Bermain dalam UCL dan menang di tempat lawan, terutamanya apabila ramai pemain tidak dapat diturunkan, ia menjadikan tugas lebih besar itu yang saya bagi tahu kepada pemain.
“Ia tentang menunjukkan keinginan yang tinggi, ketahanan dan persiapan, dan saya fikir ada contoh hebat, seperti Christian Norgaard, yang mungkin pemain paling bersedia di antara mereka semua,” katanya.
Pendahulu Liga Perdana Inggeris itu yang belum pernah bergelar juara Eropah, berkunjung ke Belgium selepas menelan kekalahan pertama sejak Ogos pada hujung minggu selepas tewas 1-2 di tangan Aston Villa.
Madueke bersinar bantu Arsenal kekal rekod sempurna
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rukun Negara Perlu Diangkat Semula, Yussof Latiff Tegaskan Pentingnya Penghayatan
- Jangan Tuduh UMNO Semberono, Kerajaan Terengganu Urus FELDA Pun Masih Kelam-kabut
- Zahari Terus Komited Turun Padang, Santuni Rakyat Di Kawasan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Putar-Belit Isu Felda, Hentikan Tuduh UMNO – Tengku Haphiz
You must be logged in to post a comment.