Kehebatan Simon selamatkan Bilbao dari tewas di tangan PSG

Kehebatan Simon selamatkan Bilbao dari tewas di tangan PSG

Kehebatan Simon selamatkan Bilbao dari tewas di tangan PSG
Simon beraksi cemerlang mengawal gawang Bilbao dari ditembusi serangan PSG. -FOTO Reuters

Paris: Paris St Germain mengharungi keputusan seri tanpa jaringan pertama musim ini di Athletic Bilbao awal pagi tadi, tetapi kekal di kedudukan selesa untuk layak terus ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara (UCL) selepas beberapa penyelamatan hebat penjaga gol tuan rumah, Unai Simon, menafikan juara bertahan.

Pasukan Luis Enrique mempunyai peluang paling jelas selepas tertekan pada separuh masa pertama, tetapi Simon membuat beberapa penyelamatan cemerlang manakala ketiadaan Ousmane Dembele sekali lagi dirasai di bahagian serangan PSG.

Keputusan itu meletakkan PSG di tangga ketiga daripada 36 pasukan dengan 13 mata daripada enam perlawanan, manakala Bilbao di tangga ke-28 dengan lima mata, dua mata dari tempat play-off.

PSG seterusnya akan berkunjung ke Sporting manakala Bilbao menentang Atalanta.

“Kami perlu lakukan lebih banyak. Hari ini kami tidak berada pada tahap maksimum untuk membawa pulang kemenangan. Ia bukan keputusan yang kami mahu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dakwaan UMNO Terengganu Cuba Timbulkan Polemik Tidak Berasas – Rozi Mamat


“Kadang-kadang kami tidak berada pada tahap sebenar kami perlu terus bekerja. Masih ada masa untuk membuat penyesuaian,” kata pertahanan PSG, Nuno Mendes.

Rakan sepasukannya, Vitinha, kedengaran lebih kecewa.

“Kami sentiasa mahu menang. Dalam perlawanan sebegini, apabila tidak menjaringkan gol, ia jadi sukar. Kami mempunyai terlalu banyak peluang jika menjaringkan gol, semuanya berubah. Masih ada kerja perlu dilakukan, tapi itulah bola sepak,” kata pemain tengah Portugal itu.

Bilbao mencipta ancaman terlebih dahulu apabila Alex Berenguer melepaskan sepakan bebas kaki kanan ke arah tiang jauh pada minit ke-31, memaksa penjaga gol PSG, Matvey Safonov, menolak bola keluar untuk sepakan penjuru.

Pasukan Basque itu menikmati tempoh terbaik sekitar minit ke-30, memberi tekanan tinggi dan menguji organisasi pertahanan PSG tanpa menemui gol.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerajaan Komited Selesaikan Isu Perumahan Generasi Baharu FELDA, Bukan Retorik Pilihan Raya


PSG, yang terpaksa menangani ketiadaan Dembele akibat jatuh sakit, mempunyai peluang terbaik lebih awal pada serangan balas pantas minit ke-19 apabila Fabian Ruiz mengawal bola di dada sebelum melepaskan sepakan yang melambung sedikit melepasi palang.

Pasukan Ligue 1 itu muncul dengan intensiti baharu selepas rehat dan hampir menjaringkan gol pada minit ke-49 apabila Simon menafikan mereka dua kali berturut-turut.

Kehebatan Simon selamatkan Bilbao dari tewas di tangan PSG

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Putar-Belit Isu Felda, Hentikan Tuduh UMNO – Tengku Haphiz

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker