Jangan Tuduh UMNO Semberono, Kerajaan Terengganu Urus FELDA Pun Masih Kelam-kabut
Jangan Tuduh UMNO Semberono, Kerajaan Terengganu Urus FELDA Pun Masih Kelam-kabut

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Mohd Fadini Rahim mempertikai Exco Kerajaan Negeri Terengganu yang didakwa membuat tuduhan tidak berasas melibatkan UMNO dan isu berkaitan FELDA.
Menurutnya, kepimpinan kerajaan negeri terbabit seharusnya memberikan fokus kepada usaha penyelesaian isu yang timbul serta hala tuju selepas penangguhan penyitaan yang diumumkan baru-baru ini.
Katanya, kenyataan berkenaan bukan sahaja kabur, malah dilihat seperti cuba mengalih perhatian daripada isu sebenar yang membabitkan kepentingan rakyat.
“YB Exco… teruskanlah kalau rasa apa yang terbaik untuk rakyat, tak perlu nak tuduh itu dan ini. Fokus pada perbincangan dengan FELDA/FGV selepas penangguhan penyitaan ini apa pula seterusnya? apa manfaat untuk rakyat.
“Nak buat apa-apa bincang dalaman dulu pun tak mengapa, kerajaan negeri pun dah ‘solid’ tanpa pembangkang. Tapi kalau nak keluarkan kenyataan, biar penuh dan jelas, bukan sekerat-sekerat… nanti jadi bahan gelak rakyat,” katanya kepada UMNO Online.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerjasama MARA Dan Batik Air Bantu Pelajar Miskin, B40 Jadi Jurutera Industri Penerbangan
- Onn Hafiz Serah Bantuan Kasih Johor Di Machap, Kerajaan Negeri Terus Perkukuh Agenda Kebajikan
- KKR Teliti Semula Projek Infrastruktur Awam, Berdasarkan Senarai Keutamaan
Kerajaan Komited Selesaikan Isu Perumahan Generasi Baharu FELDA, Bukan Retorik Pilihan Raya
Fadini turut membidas sindiran seorang lagi Exco kerajaan negeri berhubung isu yuran pendidikan yang didakwa membebankan rakyat.
“Hok yuran mahal tu, untuk orang ada-ada, seperti kata seorang lagi Exco… hok percuma pula kerajaan negeri tak larat nak tanggung. Tapi nak tanggung waibe-waibe boleh pula… kan senang,” sinisnya.
Beliau turut menempelak keputusan Yayasan Terengganu (YT) yang menutup Asrama Yayasan Terengganu Kemaman (AYTK) semata-mata untuk membuka Sekolah Menengah Imtiaz Swasta, yang menurutnya membuktikan rakyat menjadi mangsa keputusan pentadbiran negeri yang kabut.
“Asrama tutup, sekolah swasta naik. Rakyat tanya kenapa? Tapi jawapan kerajaan negeri… seperti biasa, tak jelas, tak telus dan tak tentu arah,” katanya lagi.
Fadini menegaskan Pemuda UMNO tidak akan berdiam diri dan akan terus bersuara setiap kali kerajaan negeri gagal mengutamakan kebajikan rakyat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- #GerikDiHatiku: Dr Asyraf Ziarah Prihatin, Santuni Masyarakat Di Hujung Minggu
- Kerajaan Akan Terus Sokong Pertumbuhan Industri e-Sukan
- Reformasi Bukan Bersifat Sementara… Komitmen Berterusan Kerajaan Perkukuh Institusi
-
Seminar Perancangan Hala Tuju KPT 2026 Rangka Agenda, Keutamaan Sektor Pendidikan Tinggi
Pembukaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Bukit Katil
Mengulas lanjut, Fadini menyokong pendirian Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Rozi Mamat, bahawa UMNO konsisten dalam isu-isu yang membabitkan rakyat.
“Saya juga menyokong kenyataan Datuk Rozi Mamat — apa sahaja hal yang melibatkan kepentingan rakyat mesti dibuat secara tertib, teratur dan mengikut prosedur.
“Tetapi jangan pula ada pihak cuba mengalihkan isu, membuat tuduhan melulu atau bermain politik murahan. Rakyat sekarang bukan bodoh; mereka mahukan kepastian dan solusi, bukan drama atau tuduhan tidak berasas.
“Kalau betul nak bela rakyat, tunjukkan melalui tindakan, bukan dengan menuding jari. Jangan sembunyi tangan lepas baling batu. UMNO jelas berdiri teguh bersama rakyat, bukan bersama naratif yang cuba memesongkan fakta,” tegasnya. – UMNO Online
Jangan Tuduh UMNO Semberono, Kerajaan Terengganu Urus FELDA Pun Masih Kelam-kabut
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Johor Terus Amalkan Pendekatan Kolaboratif Dalam Agenda Perumahan Rakyat – Mohd Jafni
- Ahmad Zahid Tegaskan Kepentingan Memperkasa Ekosistem Perlindungan Sosial Negara
- Mohd Zaidy Tegaskan Komitmen Demi Rakyat Dalam Perbahasan Belanjawan Negeri Sembilan 2026
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dakwaan UMNO Terengganu Cuba Timbulkan Polemik Tidak Berasas – Rozi Mamat
You must be logged in to post a comment.