Jangan Putar-Belit Isu Felda, Hentikan Tuduh UMNO – Tengku Haphiz

Jangan Putar-Belit Isu Felda, Hentikan Tuduh UMNO – Tengku Haphiz

Jangan Putar-Belit Isu Felda, Hentikan Tuduh UMNO – Tengku Haphiz

KUALA LUMPUR, 10 Dis — Pemuda UMNO Terengganu menolak sekeras-kerasnya dakwaan seorang Exco Kerajaan Negeri yang mengaitkan parti itu dengan kononnya berlaku campur tangan politik dalam urusan FELDA di negeri berkenaan.

Ketuanya, Tengku Haphiz Tengku Putera berkata kenyataan yang dibuat Exco tersebut bukan sahaja tidak berasas, malah mengelirukan rakyat serta boleh menjejaskan hubungan baik antara para peneroka dan agensi berkenaan.

Menurutnya, FELDA merupakan sebuah badan persekutuan dengan struktur operasi tersendiri, dan sebarang urusan pentadbiran atau keputusan dasar tidak dipengaruhi oleh mana-mana parti politik di peringkat negeri.

“Lebih baik kita fokus kepada jalan penyelesaian. YB Exco sepatutnya menjadi wakil kerajaan negeri untuk berurusan dengan Felda. Selesaikan perkara ini secepat mungkin. UMNO langsung tidak terlibat dalam ‘pergaduhan’ antara YB dan Felda.

“Untuk makluman YB Exco, Ketua UMNO Bahagian Kemaman ialah Datuk Seri Ahmad Said. Maka itulah juga pendirian kami. Jika hanya mendengar cerita sebelah pihak dan kemudian menyalahkan UMNO, itu bermakna YB Exco telah memutarbelitkan isu ini,” katanya kepada UMNO Online.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerajaan Komited Selesaikan Isu Perumahan Generasi Baharu FELDA, Bukan Retorik Pilihan Raya


Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Terengganu menegaskan bahawa Pemuda UMNO sentiasa konsisten memperjuangkan nasib rakyat, khususnya dalam isu yang memberi kesan langsung kepada kehidupan mereka.

Jangan Putar-Belit Isu Felda, Hentikan Tuduh UMNO – Tengku Haphiz

“Pemuda UMNO Terengganu percaya bahawa sekiranya perundingan dilakukan dengan semangat tolak ansur dan penuh berhemah, kemelut ini dapat diselesaikan. Matlamat utama ialah memastikan rakyat tidak tertindas serta menerima manfaat sewajarnya. Kerajaan dan agensi hanya memikul amanah rakyat. Buang yang keruh, sungai pasti jernih semula,” tegasnya.

Mengulas lanjut, Haphiz turut mempersoalkan motif Exco berkenaan yang dilihat seolah-olah cuba mengalihkan perhatian daripada isu sebenar yang sedang dihadapi kerajaan negeri, termasuk penyelesaian projek pertanian serta kedudukan ekonomi para peneroka yang masih tergendala.

“Adalah lebih baik sekiranya kerajaan negeri memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan komuniti FELDA di Terengganu, berbanding mengeluarkan tuduhan politik yang tidak bertanggungjawab,” tambah kenyataan itu.

“Kami juga menggesa Exco terbabit mengemukakan bukti terhadap dakwaannya atau menarik balik kenyataan tersebut demi menjaga keharmonian politik dan kesejahteraan peneroka,” ujarnya.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pembukaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Bukit Katil


Haphiz menambah bahawa Pemuda UMNO Terengganu sentiasa konsisten menyokong pendirian Pengerusi UMNO Negeri Terengganu, Datuk Rozi Mamat, yang komited membela nasib rakyat.

“Kami menyokong sepenuhnya pendirian Datuk Rozi Mamat yang menegaskan bahawa segala urusan berkaitan kepentingan rakyat mesti ditangani secara teratur, berhemah dan mengikut prosedur.

“Fokus utama adalah memastikan rakyat tidak teraniaya serta manfaat mereka terus terjamin, bukannya dibiarkan terperangkap dalam konflik politik yang tidak berfaedah,” tegasnya. — UMNO Online

Jangan Putar-Belit Isu Felda, Hentikan Tuduh UMNO – Tengku Haphiz


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dakwaan UMNO Terengganu Cuba Timbulkan Polemik Tidak Berasas – Rozi Mamat

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker