Aktivis nekad pecah rekod peluk pokok 72 jam

Aktivis nekad pecah rekod peluk pokok 72 jam

Aktivis nekad pecah rekod peluk pokok 72 jam
Muthoni cuba memecah rekod dunia dengan memeluk pokok selama 72 jam di daerah Nyeri, Kenya baru-baru ini. – X

NAIROBI – Seorang aktivis iklim di Kenya cuba memecahkan Guinness World Records dengan memeluk sebatang pokok dalam masa 72 jam tanpa henti, lapor portal berita The Star.

Tuphena Muthoni, 22, melakukan percubaan itu selama tiga hari di luar pejabat Gabenor Nyeri bermula Isnin lalu.

Selain perlu mengekalkan sentuhan dengan pokok, Muthoni dibenarkan menukar posisi atau bergerak di sekeliling pohon tersebut, selagi pelukan tidak terputus.

Sekumpulan aktivis iklim bermain alat muzik secara bergilir-gilir untuk mengekalkan semangat Muthoni dan memastikan suasana meriah sepanjang percubaan itu.

Muthoni pernah mencatatkan rekod dunia serupa dengan memeluk pokok selama 48 jam di Taman Peringatan Michuki, Nairobi pada Februari lalu.

Dia berhasrat untuk melangkaui batas fizikal dan mentalnya dengan mengamalkan prinsip yang ketat seperti tidak makan, minum serta rehat. – AGENSI

Aktivis nekad pecah rekod peluk pokok 72 jam

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Putar-Belit Isu Felda, Hentikan Tuduh UMNO – Tengku Haphiz

 

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker