Skuad hoki wanita buru emas kesembilan di Sukan Sea

Skuad hoki wanita buru emas kesembilan di Sukan Sea

Skuad hoki wanita buru emas kesembilan di Sukan Sea
BARISAN skuad hoki wanita yang akan memulakan misi meraih emas kesembilan di Sukan Sea Thailand. -FOTO MHC

Bangkok: Misi memburu emas kali kesembilan kembali menjadi agenda utama skuad hoki wanita negara apabila turun aksi pembuka tirai saingan Sukan Sea Thailand menentang Singapura di National Sports University, Chonburi, esok.

Dengan hanya empat pasukan bertanding iaitu Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia, segala tumpuan tertumpu kepada skuad negara yang hadir sebagai pasukan pilihan berdasarkan ranking dunia.

Malaysia kini berada di tangga ke-22 dunia, jauh mengatasi Thailand (28), Singapura (35) dan Indonesia (74), sekali gus mengekalkan reputasi selaku kuasa besar hoki wanita Asia Tenggara.

Namun bagi ketua jurulatih, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim, status pilihan bukan tiket mudah, sebaliknya tekanan itu menjadikan pasukannya perlu tampil lebih tajam dan konsisten.

Nasihin menegaskan, Sukan Sea kali ini bukan sekadar mengejar pingat, tetapi sebahagian penting dalam persiapan kelayakan Piala Dunia.

Justeru pasukan diberi fokus khusus untuk memperkemas struktur permainan, meningkatkan tempo, serta mempercepatkan transisi terutama ketika memasuki kawasan D.

Selain itu, aspek pukulan sudut penalti (PC), menyerang dan bertahan, turut diberi perhatian kerana ia sering menjadi penentu dalam perlawanan berintensiti tinggi.

“Sukan Sea ialah platform penting dalam kitaran persiapan ke kelayakan Piala Dunia. Kami mahu memastikan setiap aspek permainan berada pada tahap optimum,” jelasnya.

Pada edisi 2023 di Kemboja, Malaysia melakar kemenangan bergaya apabila menumpaskan Thailand 4-1 pada aksi final untuk membawa pulang emas.’

Selepas Singapura, skuad negara akan bertemu Indonesia dan aksi terakhir kumpulan berdepan tuan rumah, Thailand pada 16 Disember.

Skuad hoki wanita buru emas kesembilan di Sukan Sea

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dakwaan UMNO Terengganu Cuba Timbulkan Polemik Tidak Berasas – Rozi Mamat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker