Seri cukup, tapi menang tetap sasaran utama – Nafuzi

Seri cukup, tapi menang tetap sasaran utama – Nafuzi

Seri cukup, tapi menang tetap sasaran utama - Nafuzi
KETUA jurulatih Nafuzi Zain. -FOTO Eizairi Shamsudin

Bangkok: Skuad bola sepak kebangsaan negara bakal turun menentang Vietnam dalam perlawanan penentu Kumpulan B, Sukan Sea Thailand dengan taktikal baharu dan kekuatan tambahan, ketika ketua jurulatih Nafuzi Zain mempersiapkan pasukan menghadapi ujian paling getir di Stadium Rajamangala, esok.

Selepas menganalisis perlawanan terkini Vietnam, termasuk kemenangan 2-1 menentang Laos pada Rabu lalu dan prestasi mereka sepanjang Kejuaraan Asean, Nafuzi sedar sepenuhnya cabaran yang menanti pasukannya.

“Vietnam adalah pasukan yang sangat kuat dan berkualiti. Dari Mandiri Cup (Kejuaraan Asean) sehingga kini, mereka tunjukkan tahap permainan tinggi. Kami tahu mereka mempunyai beberapa kelebihan, tapi yang penting adalah bagaimana kami beraksi dan seberapa bersedia kami,” katanya ketika ditemui di Hotel Al Meroz, Bangkok hari ini.

Malaysia dijangka membuat penyesuaian taktikal berbanding kemenangan pembukaan menentang Laos. Walaupun Nafuzi berpuas hati dengan pemain yang tampil cemerlang pada perlawanan itu, beliau menegaskan Vietnam membawa tahap intensiti yang berbeza.

“Laos dan Vietnam adalah dua pasukan sangat berbeza. Persiapan kami akan berubah. Mungkin gaya permainan akan disesuaikan dan pemain yang sebelum ini tidak diturunkan mungkin diberi peluang. Kami akan nilai semua perkara sebaik menghampiri perlawanan,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerajaan Komited Selesaikan Isu Perumahan Generasi Baharu FELDA, Bukan Retorik Pilihan Raya


Skuad menerima suntikan semangat dengan kemasukan Aliff Izwan Yuslan selepas mendapat pelepasan daripada Selangor. Walaupun pilihan Malaysia masih terhad, Nafuzi tenang menghadapi situasi itu.

“Ada pemain tambahan dan ada yang tidak dapat diturunkan, tapi secara keseluruhan skuad tidak banyak berubah. Kami terima cabaran ini dan fokus pada Vietnam,” katanya.

Beliau juga menegaskan penyerang Fergus Tierney tidak pernah dipertimbangkan untuk panggilan lewat kerana belum dilepaskan oleh Sabah, yang dijadual beraksi menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam final Piala FA pada Ahad.

“Tidak, langsung tidak. Fergus tidak dilepaskan, jadi kami tidak berharap untuk membawanya masuk. Fokus hanya pada pemain yang sedia ada,” katanya.

Dengan kelayakan separuh akhir dipertaruhkan, Malaysia hanya memerlukan keputusan seri untuk layak. Namun Nafuzi menegaskan pasukannya tidak akan bertahan sahaja.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pembukaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Bukit Katil


“Matlamat kami sentiasa untuk menang dan raih tiga mata. Paling tidak, kami mesti tidak kalah, itu sudah cukup untuk ke separuh akhir. Kami sedang bersiap dengan penuh tumpuan untuk perlawanan ini,” katanya.

Seri cukup, tapi menang tetap sasaran utama – Nafuzi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dakwaan UMNO Terengganu Cuba Timbulkan Polemik Tidak Berasas – Rozi Mamat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker