Penyeludup alih pangkalan haram ke Thailand elak dirobohkan – Polis

Penyeludup alih pangkalan haram ke Thailand elak dirobohkan - Polis
Pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand di Rantau Panjang dirobohkan oleh pelbagai agensi pihak berkuasa. – Foto ihsan IPD Pasir Mas dan Jabatan Penerangan

PASIR MAS: Bimbang dengan operasi merobohkan pangkalan haram oleh pihak berkuasa, sindiket penyeludupan di sempadan Malaysia–Thailand dikesan mula mengalihkan jeti haram (rakit) bergerak mereka ke tebing negara jiran.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata tindakan itu dikenal pasti ketika fasa kedua operasi penguatkuasaan bersepadu yang dijalankan di empat lokasi di sepanjang Sungai Golok, Rantau Panjang semalam.

Beliau berkata, operasi yang dilakukan hingga 14 Disember itu membabitkan pelbagai agensi termasuk polis, Majlis Keselamatan Negara dan pihak berkuasa tempatan.

“Saya dimaklumkan bahawa ketika operasi dijalankan, maklumat mengenai perobohan pangkalan haram itu telah bocor dan sampai kepada pengetahuan beberapa penyeludup.

Meskipun berdepan dengan cubaan penyeludup mengalihkan jeti, beliau berkata operasi akan diteruskan bagi memastikan semua struktur haram yang digunakan untuk kegiatan penyeludupan dapat dihapuskan sepenuhnya.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerajaan Komited Selesaikan Isu Perumahan Generasi Baharu FELDA, Bukan Retorik Pilihan Raya

Beliau berkata, sebanyak 17 pangkalan haram dikenal pasti untuk dirobohkan dalam usaha membanteras kemasukan haram dan jenayah rentas sempadan, antaranya pangkalan Jitong, Maghrib, Kak Pah dan Kayangan Inn.

Sementara itu, tinjauan Bernama di beberapa laluan tikus di sekitar Sungai Golok mendapati aktiviti penyeludupan masih wujud dalam skala kecil, dengan pergerakan mencurigakan dikesan pada waktu malam, terutama di kawasan berpaya dan terlindung.

Beberapa penduduk turut memaklumkan bahawa penyeludup kerap menukar lokasi jeti bergerak untuk mengelak dikesan pihak berkuasa.

Selain itu, tinjauan di tebing Thailand berhampiran dengan kawasan operasi menunjukkan beberapa rakit kecil dipercayai milik penyeludup telah berlabuh di bahagian negara jiran, sejajar dengan maklumat yang diterima pihak berkuasa tentang usaha sindiket mengalihkan struktur haram bagi mengelakkan perobohan.

Meskipun berdepan dengan cubaan penyeludup mengalihkan jeti, beliau berkata operasi akan diteruskan bagi memastikan semua struktur haram yang digunakan untuk kegiatan penyeludupan dapat dihapuskan sepenuhnya.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pembukaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Bukit Katil

Beliau berkata, sebanyak 17 pangkalan haram dikenal pasti untuk dirobohkan dalam usaha membanteras kemasukan haram dan jenayah rentas sempadan, antaranya pangkalan Jitong, Maghrib, Kak Pah dan Kayangan Inn.

Sementara itu, tinjauan Bernama di beberapa laluan tikus di sekitar Sungai Golok mendapati aktiviti penyeludupan masih wujud dalam skala kecil, dengan pergerakan mencurigakan dikesan pada waktu malam, terutama di kawasan berpaya dan terlindung.

Beberapa penduduk turut memaklumkan bahawa penyeludup kerap menukar lokasi jeti bergerak untuk mengelak dikesan pihak berkuasa.

Selain itu, tinjauan di tebing Thailand berhampiran dengan kawasan operasi menunjukkan beberapa rakit kecil dipercayai milik penyeludup telah berlabuh di bahagian negara jiran, sejajar dengan maklumat yang diterima pihak berkuasa tentang usaha sindiket mengalihkan struktur haram bagi mengelakkan perobohan.

Penyeludup alih pangkalan haram ke Thailand elak dirobohkan – Polis

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dakwaan UMNO Terengganu Cuba Timbulkan Polemik Tidak Berasas – Rozi Mamat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker