Pengawal peribadi maut ditembak, majikan dengan 15 rekod jenayah cedera parah

Pengawal peribadi maut ditembak, majikan dengan 15 rekod jenayah cedera parah

Seorang maut ketika dirawat di hospital manakala seorang lagi parah selepas ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, di sini, pagi tadi.
Seorang maut ketika dirawat di hospital manakala seorang lagi parah selepas ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, di sini, pagi tadi.

SEREMBAN: Seorang maut ketika dirawat di hospital manakala seorang lagi parah selepas ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, di sini, pagi tadi.

Difahamkan, dalam kejadian jam 7 pagi itu, kedua-dua lelaki warga tempatan parah ditembak ketika berada dalam Perodua Myvi yang dinaiki, sebelum dikejarkan ke hospital oleh orang awam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, berkata semakan mendapati mangsa yang parah mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan.

“Anggota polis terima panggilan jam 7.53 pagi daripada seorang lelaki memaklumkan kejadian ini.

“Kedua-dua mangsa dibawa oleh orang awam ke Hospital Tunku Jaafar (HTJ), di sini. Kedua-duanya dalam keadaan kritikal sebelum dirawat di Zon Merah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerajaan Komited Selesaikan Isu Perumahan Generasi Baharu FELDA, Bukan Retorik Pilihan Raya


“Bagaimanapun, salah seorang daripada mangsa yang berusia 43 tahun disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Siasatan awal di lokasi kejadian menemui kesan tompokan darah atas jalan dan menjumpai beberapa kelonsong peluru.

“Mangsa yang meninggal dunia dipercayai pengawal peribadi kepada mangsa kedua. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat 1971),” katanya.

Pengawal peribadi maut ditembak, majikan dengan 15 rekod jenayah cedera parah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker