Nur Fazura Luah Hasrat Mahu Berkahwin [VIDEO]
“Tolong Doakan Saya”
Nur Fazura Luah Hasrat Mahu Berkahwin

Tidak menutup pintu hati selama-lamanya, pelakon dan usahawan Nur Fazura mendedahkan niatnya untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi dan mahu menambah zuriat.
Memetik kenyataan daripada Kosmo!, perkongsian ini dibuat sendiri oleh Fazura ketika berbual dengan peminatnya di sebuah ekspo yang diadakan di Singapura.
“Saya mahu berkahwin lagi sebab saya mahukan anak lagi. Tolong doakan saya.”
Untuk pengetahuan semua, selama beberapa hari di Ekspo Antarabangsa Halal Singapura, Nur Fazura dilihat telah melayan peminat dan juga menyantuni beberapa rakan selebriti yang membuka booth jualan di sana. Antara rakan selebriti yang dikunjungi Fazura ialah Rita Rudaini, Bella Astillah, Ifa Raziah, Roslan Shah, Dynas Mokthar dan Reen Rahim.
“Ya Allah, wanita kuat ini. Bangga dengan kamu”, ujar Rita Rudaini ketika bertemu Nur Fazura.
@alkisahnyaaa Min ingatkan dah kembali ke zaman 2000 sebab tengok Fazura dengan Rita ni macam tak dimakan usia. Remaja selamanya.. #fazura #ritarudaini
Sebelum ini, nama Fazura dan anaknya, Nur Fatima Aisya menjadi bualan ramai apabila puteri tunggalnya itu membalas mahu bapa baharu. Menerusi siaran langsung di TikTok, Fazura bertanya kepada anaknya jika dia mahu bapa baharu dan sebagai respons Fatima mengangguk dengan pantas.
@affendyjailani #podcastbukakmulut #bukakmulut #fyp #Fazura #foryoupage Doakan yang baik baik.
“Fatima kata dia nak pilih sendiri, Fatima kena approve dulu.”
Sebagai rekod, Nur Fazura pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Fattah Amin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Fatima Aisya. Pasangan ini berkahwin selama tujuh tahun dan berpisah pada tahun Oktober 2024.
Nur Fazura Luah Hasrat Mahu Berkahwin
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Johor Terus Amalkan Pendekatan Kolaboratif Dalam Agenda Perumahan Rakyat – Mohd Jafni
- Ahmad Zahid Tegaskan Kepentingan Memperkasa Ekosistem Perlindungan Sosial Negara
- Mohd Zaidy Tegaskan Komitmen Demi Rakyat Dalam Perbahasan Belanjawan Negeri Sembilan 2026
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dakwaan UMNO Terengganu Cuba Timbulkan Polemik Tidak Berasas – Rozi Mamat
You must be logged in to post a comment.