Norreen Iman Terhibur Dengan Wanita ‘Berbunyikan Burung’ [VIDEO]

Netizen Pun Turut Sama Berdekah

Norreen Iman Terhibur Dengan Wanita ‘Berbunyikan Burung’ [VIDEO]

Norreen Iman Terhibur Dengan Wanita ‘Berbunyikan Burung’ [VIDEO]

Media sosial sekali lagi jadi medan tawa apabila gelagat Norreen atau nama sebenarnya Norreen Iman mencuri perhatian warganet.

Personaliti media sosial dan pelakon ini tampil dengan satu video baharu di Instagram yang memaparkan reaksinya terhadap seorang wanita yang mempunyai kemahiran unik iaitu mampu menghasilkan bunyi seperti burung, siap mendakwa itulah salah satu sebab suaminya tertarik kepadanya.

Norreen yang terkenal dengan gaya bersahaja, selamba dan chaotic humour tidak melepaskan peluang untuk menyertai trend tersebut dengan ‘menjahit’ video asal menggunakan komennya sendiri.

Reaksi Spontan Norreen Buat Penonton Terhibur

Dalam video tersebut, Norreen kelihatan benar-benar terhibur dengan kemampuan wanita itu meniru bunyi burung. Dengan gaya selambanya, Norreen berkata,

“Yes! At least dia berbunyi seperti burung. Dan dia disukai. Aku ni, agaknya aku disayang kerana aku berbunyi seperti binatang apa.”

Norreen kemudian menambah dengan beberapa sound effect dramatik seperti mengaum, bunyi monyet dan diakhiri dengan bunyi anjing. Sekadar untuk menggambarkan betapa variasi bunyinya yang mungkin tidaklah secomel bunyi burung seperti wanita di dalam video asal.

Gurauan itu bukan sahaja menceriakan ramai, tetapi turut menunjukkan sisi jenaka Norreen yang sentiasa dihargai peminat setianya.

Chemistry Rumah Tangga yang Real & Relatable

Norreen turut secara berseloroh menyentuh mengenai ragamnya bersama suami, mengakui bahawa perangai mereka kadangkala berbunyi seperti monyet dan kadang-kadang seperti anjing jika angin tidak beberapa baik.

Walau berbentuk gurauan, kenyataan itu mengundang tawa ramai kerana ia menggambarkan keadaan rumah tangga yang realistik, penuh dengan gelak tawa dan gaduh kecil.

Warganet Berdekah Dengan Kreativiti Norreen

Ruang komen dibanjiri gelak tawa, masing-masing terhibur dengan gaya spontan dan lucu Norreen. Antara komen yang mencuri perhatian:

“Hahahahahahahahahahahahaha kepelbagaian bunyi dalam rumahtangga tajuk dia hahahaha”

“Mujur bunyi burung… kena bunyi pingu 🐧 tak tau lah.. hahaha”

Norreen Iman Terhibur Dengan Wanita ‘Berbunyikan Burung’ [VIDEO]
via Instagram/@theannedible
Norreen Iman Terhibur Dengan Wanita ‘Berbunyikan Burung’ [VIDEO]
via Instagram/@_kxmxlxddxn

Rata-rata warganet bersetuju bahawa Norreen mempunyai bakat semula jadi dalam menyampaikan humor yang tidak dibuat-dibuat.

Fenomena Konten RIngkas Yang Strike Hati Penonton

Di era Tiktok dan Instagram, video pendek seperti ini sering menjadi kegemaran ramai kerana ia mudah dicerna dan penuh dengan personaliti.

Norreen sekali lagi membuktikan dirinya sebagai antara pencipta kandungan tempatan yang konsisten dalam menghadirkan hiburan ringan namun punchy.

Walaupun hanya bermula dengan wanita yang berbakat meniru bunyi burung, kreativiti Norreen mengangkatnya menjadi satu momen hiburan yang cukup menceriakan.

Norreen Iman Terhibur Dengan Wanita ‘Berbunyikan Burung’ [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dakwaan UMNO Terengganu Cuba Timbulkan Polemik Tidak Berasas – Rozi Mamat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker