Mohd Zaidy Tegaskan Komitmen Demi Rakyat Dalam Perbahasan Belanjawan Negeri Sembilan 2026
Mohd Zaidy Tegaskan Komitmen Demi Rakyat Dalam Perbahasan Belanjawan Negeri Sembilan 2026

SEREMBAN, 9 Dis – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir, menegaskan bahawa beliau akan terus menyokong setiap dasar yang memberi manfaat kepada rakyat dan bersuara apabila perlu demi memastikan tiada komuniti yang tertinggal di Negeri Sembilan.
Dalam perbahasan Belanjawan Negeri Sembilan 2026 hari ini, beliau menekankan bahawa pembangunan negeri mesti menyeluruh dan inklusif, menyentuh semua lapisan masyarakat, termasuk komuniti kampung tradisi, Orang Asli, peneroka FELDA serta peniaga kecil di luar bandar.
Beliau menyeru agar setiap peruntukan kerajaan benar-benar sampai kepada mereka yang memerlukan.
“Segala cadangan yang saya bangkitkan bukan untuk mencari nama, tetapi demi kepentingan rakyat. Biar putih tulang, jangan putih mata. Jeram Padang akan terus menyokong setiap dasar yang memberi manfaat kepada rakyat, dan akan terus bersuara apabila perlu demi memastikan tiada komuniti yang tertinggal,” tegasnya.
Mohd Zaidy menyorot beberapa inisiatif penting termasuk projek pencahayaan kampung dan perkampungan Orang Asli yang menerima peruntukan RM1 juta. Menurutnya, kemudahan ini bukan sahaja meningkatkan keselamatan, terutamanya bagi kanak-kanak yang bersekolah, tetapi juga mengurangkan risiko jenayah dan kemalangan di kawasan pedalaman.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- #GerikDiHatiku: Dr Asyraf Ziarah Prihatin, Santuni Masyarakat Di Hujung Minggu
- Kerajaan Akan Terus Sokong Pertumbuhan Industri e-Sukan
- Reformasi Bukan Bersifat Sementara… Komitmen Berterusan Kerajaan Perkukuh Institusi
-
Seminar Perancangan Hala Tuju KPT 2026 Rangka Agenda, Keutamaan Sektor Pendidikan Tinggi
Pembukaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Bukit Katil
“Biar kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan. Terang itu membawa selamat; gelap itu mengundang mudarat,” katanya.
Beliau turut menyambut baik peruntukan untuk Karnival Orang Asli Negeri Sembilan (K0RANS’96), sambil mencadangkan pembangunan Perkampungan Budaya Orang Asli (Living Cultural Village) serta homestay bertema rumah tradisional Orang Asli sebagai produk pelancongan negeri.
Menurutnya, inisiatif ini bukan sahaja memelihara budaya, malah membuka peluang ekonomi langsung kepada komuniti Orang Asli.
“Tak kenal maka tak cinta. Sambil menyelam minum air; budaya terpelihara, ekonomi komuniti Orang Asli juga bergerak,” jelas beliau.
Isu FELDA turut menjadi fokus apabila Mohd Zaidy menekankan bahawa Negeri Sembilan mempunyai 49 tanah rancangan FELDA, terbanyak di Malaysia, yang masih memerlukan perhatian serius.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bajet Melaka 2026 : Rais Yasin Terharu Kelulusan SRA Sungai Udang
- Ahmad Zahid Iringi Perjalanan Terakhir Allahyarham Bung Moktar
- Belanjawan Negeri Pahang: Tujuh Teras Utama, Selaras Aspirasi Pahang 1st
Tiga Tahun Memegang Amanah, Tekad Ahmad Zahid Mengupaya Desa Menjulang Negara
Beliau juga meminta agar kerajaan negeri menumpukan perhatian kepada keperluan kritikal termasuk penggantian paip air uzur, pembinaan tangki simpanan tambahan, baik pulih rumah peneroka generasi pertama, dan bantuan kepada peneroka yang terjejas bencana seperti ribut, banjir dan kebakaran.
“Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. FELDA menyumbang besar kepada pembangunan luar bandar, maka wajar diberikan perhatian khusus.”
Beliau juga membangkitkan isu kenaikan caj pembaharuan permit dan lesen perniagaan di bawah Majlis Perbandaran Jempol (MPJL) yang membebankan peniaga kecil. Menurutnya, peniaga yang beroperasi dengan margin keuntungan kecil tidak mampu menanggung kos tambahan sehingga berisiko menjejaskan kelangsungan perniagaan mereka.
“Peniaga kecil ini nadi ekonomi setempat. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Kita tidak mahu caj ini membebankan mereka sehingga menjejaskan perniagaan,” ujarnya.
Mohd Zaidy menekankan bahawa sokongan terhadap Belanjawan Negeri Sembilan 2026 adalah untuk kesejahteraan rakyat secara langsung, tetapi beliau akan terus bersuara bagi membela komuniti yang mungkin terpinggir, memastikan tiada rakyat yang tercicir daripada pembangunan.
“Jeram Padang akan terus menjadi suara rakyat, memastikan dasar dan peruntukan kerajaan negeri benar-benar memberi manfaat kepada semua, tanpa mengabaikan mana-mana komuniti.”
Beliau turut menegaskan bahawa setiap dasar, setiap peruntukan, dan setiap inisiatif kerajaan mesti dinilai berdasarkan sejauh mana ia menyentuh kehidupan rakyat, memastikan pembangunan Negeri Sembilan berjalan secara adil, inklusif dan mampan. – UMNO Online
Mohd Zaidy Tegaskan Komitmen Demi Rakyat Dalam Perbahasan Belanjawan Negeri Sembilan 2026
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerjasama MARA Dan Batik Air Bantu Pelajar Miskin, B40 Jadi Jurutera Industri Penerbangan
- Onn Hafiz Serah Bantuan Kasih Johor Di Machap, Kerajaan Negeri Terus Perkukuh Agenda Kebajikan
- KKR Teliti Semula Projek Infrastruktur Awam, Berdasarkan Senarai Keutamaan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kerajaan Komited Selesaikan Isu Perumahan Generasi Baharu FELDA, Bukan Retorik Pilihan Raya
You must be logged in to post a comment.