Mekanik didakwa gigit tangan adik ipar enggan serah anak
Mekanik didakwa gigit tangan adik ipar enggan serah anak

BATU PAHAT: Seorang mekanik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencederakan adik ipar lelaki dengan menggigit tangan kerana berang mangsa enggan menyerahkan anak kepadanya, Ahad lalu.
Tertuduh, Mohd Saznif Afizah Saufi, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan jurubahasa di hadapan Majistret Nurasidah A Rahman.
Mengikut pertuduhan, bapa tiga anak itu didakwa dengan sengaja mencederakan adik iparnya berusia 29 tahun di sebuah rumah di Kampung Baru Peserai Dalam di sini, 9.30 pagi, 7 Disember lalu.
Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.
Seksyen 323 memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya manakala Seksyen 326A, penjara dua kali ganda tempoh maksimum yang dikenakan atas sabitan kesalahan mengikut Seksyen 323.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerjasama MARA Dan Batik Air Bantu Pelajar Miskin, B40 Jadi Jurutera Industri Penerbangan
- Onn Hafiz Serah Bantuan Kasih Johor Di Machap, Kerajaan Negeri Terus Perkukuh Agenda Kebajikan
- KKR Teliti Semula Projek Infrastruktur Awam, Berdasarkan Senarai Keutamaan
Kerajaan Komited Selesaikan Isu Perumahan Generasi Baharu FELDA, Bukan Retorik Pilihan Raya
Berdasarkan laporan dibuat, tertuduh datang ke rumah keluarga mentuanya untuk mengambil anaknya namun dihalang mangsa yang juga adik iparnya.
Kejadian itu menyebabkan tertuduh mengalami kecederaan sebelum membuat laporan di Balai Polis Batu Pahat untuk tindakan lanjut.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Firdaus Ruslan manakala tertuduh diwakili peguam, Tan Song Yan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Susulan pengakuan tidak bersalah, pihak pendakwaan memohon mahkamah menetapkan tarikh baru untuk sebutan semula kes terbabit.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- #GerikDiHatiku: Dr Asyraf Ziarah Prihatin, Santuni Masyarakat Di Hujung Minggu
- Kerajaan Akan Terus Sokong Pertumbuhan Industri e-Sukan
- Reformasi Bukan Bersifat Sementara… Komitmen Berterusan Kerajaan Perkukuh Institusi
-
Seminar Perancangan Hala Tuju KPT 2026 Rangka Agenda, Keutamaan Sektor Pendidikan Tinggi
Pembukaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Bukit Katil
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 namun tiada kelibat ahli keluarganya datang untuk membayar.
Ini menyebabkan tertuduh dihantar ke Pusat Koreksional Muar untuk tahanan sementara dengan kes disebut semula pada 11 Januari depan untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.
Mekanik didakwa gigit tangan adik ipar enggan serah anak
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Johor Terus Amalkan Pendekatan Kolaboratif Dalam Agenda Perumahan Rakyat – Mohd Jafni
- Ahmad Zahid Tegaskan Kepentingan Memperkasa Ekosistem Perlindungan Sosial Negara
- Mohd Zaidy Tegaskan Komitmen Demi Rakyat Dalam Perbahasan Belanjawan Negeri Sembilan 2026
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dakwaan UMNO Terengganu Cuba Timbulkan Polemik Tidak Berasas – Rozi Mamat
You must be logged in to post a comment.