Mangsa rentung di Teluk Air Tawar disahkan ibu dan anak
Mangsa rentung di Teluk Air Tawar disahkan ibu dan anak

BUTTERWORTH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang mengesahkan dua individu maut dalam kebakaran di Taman Rathna dekat Teluk Air Tawar, di sini, pagi tadi sebagai ibu dan anak.
Pengarah JBPM negeri, Mohamad Shoki Hamzah, berkata terdapat tiga mangsa yang terperangkap dalam kebakaran itu dan kesemuanya berjaya dikeluarkan.
Katanya, dua mangsa iaitu seorang wanita, Hayani Yaakob, 50-an dan anak angkatnya seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun meninggal dunia dalam kejadian berkenaan.
“Kedua-dua mangsa rentung dan ditemui terperangkap di ruang tamu berhampiran pintu keluar utama rumah, manakala seorang lagi anak lelaki mangsa, Daniel Quyum Kamarozlan, 20-an cedera dihempap bumbung dapur,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Beliau berkata mangsa maut dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini untuk proses bedah siasat, manakala mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital sama untuk rawatan.
“Kebakaran itu dipadamkan pada jam 11.21 pagi. Anggaran peratusan kemusnahan sekitar 85 peratus,” katanya.
Mangsa rentung di Teluk Air Tawar disahkan ibu dan anak
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Johor Terus Amalkan Pendekatan Kolaboratif Dalam Agenda Perumahan Rakyat – Mohd Jafni
- Ahmad Zahid Tegaskan Kepentingan Memperkasa Ekosistem Perlindungan Sosial Negara
- Mohd Zaidy Tegaskan Komitmen Demi Rakyat Dalam Perbahasan Belanjawan Negeri Sembilan 2026
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dakwaan UMNO Terengganu Cuba Timbulkan Polemik Tidak Berasas – Rozi Mamat
You must be logged in to post a comment.