Kes tembak Durian Tunggal: Keluarga suspek dirakam percakapan
Kes tembak Durian Tunggal: Keluarga suspek dirakam percakapan

KUALA LUMPUR: Keluarga tiga suspek yang ditembak mati polis di Durian Tunggal, Melaka pada 24 November lalu hadir ke Bukit Aman bagi proses rakaman percakapan.
Seorang ahli keluarga suspek yang ditembak turut membawa telefon bimbit yang mengandungi audio rakaman perbualan ketika hari kejadian.
Peguam mewakili tiga keluarga suspek, Rajesh Nagarajan, berkata audio rakaman itu dibawa untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat daripada pasukan khas Jabatan Siasatan Jenayah yang diumumkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar S Muthuvelu, sebelum ini.
Beliau turut menuntut supaya polis mendedahkan nama pegawai yang dilantik menganggotai pasukan khas berkenaan.
“Ia penting kerana keluarga mangsa mahukan ketelusan dalam siasatan kes ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerjasama MARA Dan Batik Air Bantu Pelajar Miskin, B40 Jadi Jurutera Industri Penerbangan
- Onn Hafiz Serah Bantuan Kasih Johor Di Machap, Kerajaan Negeri Terus Perkukuh Agenda Kebajikan
- KKR Teliti Semula Projek Infrastruktur Awam, Berdasarkan Senarai Keutamaan
Kerajaan Komited Selesaikan Isu Perumahan Generasi Baharu FELDA, Bukan Retorik Pilihan Raya
“Keluarga individu yang ditembak juga turut mempersoalkan status anggota yang menembak mati ahli keluarga mereka sama ada masih bertugas atau sudah digantung sementara siasatan lanjut dijalankan,” katanya pada sidang media sebelum memasuki Bukit Aman bersama keluarga suspek.
Katanya, anggota polis yang terbabit dalam kejadian itu perlu digantung kerja dan didakwa dengan segera bagi mengembalikan kepercayaan awam terhadap pasukan berkenaan.
Dalam kejadian jam 4.30 pagi, tiga lelaki berusia antara 24 hingga 29 tahun ditembak mati selepas seorang daripada mereka melibas parang terhadap seorang anggota polis di sebuah ladang kelapa sawit di Durian Tunggal.
Akibat serangan suspek, anggota polis berpangkat koperal, berusia awal 30-an parah pada lengan kiri.
Kesemua suspek daripada Geng Durian Tunggal itu dikesan dalam perjalanan untuk menyamun sebuah premis dan aktif melakukan jenayah sejak 2024.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- #GerikDiHatiku: Dr Asyraf Ziarah Prihatin, Santuni Masyarakat Di Hujung Minggu
- Kerajaan Akan Terus Sokong Pertumbuhan Industri e-Sukan
- Reformasi Bukan Bersifat Sementara… Komitmen Berterusan Kerajaan Perkukuh Institusi
-
Seminar Perancangan Hala Tuju KPT 2026 Rangka Agenda, Keutamaan Sektor Pendidikan Tinggi
Pembukaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Bukit Katil
Ketiga-tiga mereka disyaki melakukan 20 kes di Melaka serta masing-masing satu kes di Negeri Sembilan dan Selangor dengan kerugian RM1.35 juta.
Pada 3 Disember lalu, media melaporkan ahli keluarga tiga suspek berkenaan menolak dakwaan suspek bertindak ganas dengan menyerang pihak polis.
Susulan itu, JSJ menubuhkan pasukan khas untuk mengambil alih siasatan bagi menyiasat dakwaan ahli keluarga suspek yang tidak berpuas hati dengan tindakan polis.
Kes tembak Durian Tunggal: Keluarga suspek dirakam percakapan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Johor Terus Amalkan Pendekatan Kolaboratif Dalam Agenda Perumahan Rakyat – Mohd Jafni
- Ahmad Zahid Tegaskan Kepentingan Memperkasa Ekosistem Perlindungan Sosial Negara
- Mohd Zaidy Tegaskan Komitmen Demi Rakyat Dalam Perbahasan Belanjawan Negeri Sembilan 2026
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dakwaan UMNO Terengganu Cuba Timbulkan Polemik Tidak Berasas – Rozi Mamat
You must be logged in to post a comment.