Kakitangan USIM maut, motosikal rempuh lori tangki di Nilai

Kakitangan USIM maut, motosikal rempuh lori tangki di Nilai

Kakitangan USIM maut, motosikal rempuh lori tangki di Nilai

NILAI: Seorang kakitangan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah lori tangki di Jalan Perak berhampiran Kawasan Perindustrian Ringan Semarak, di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, Mohd Azuwan Hood, 38, yang bertugas sebagai pembantu pustakawan kanan dan dalam perjalanan mengambil anaknya di sebuah sekolah, dikatakan merempuh lori berkenaan yang sedang membelok ke kanan di arah bertentangan.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya yang mengesahkan perkembangan itu berkata mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Kami menerima makluman satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah motosikal dengan lori tangki dipandu lelaki berusia 41 tahun. ‎Siasatan awal mendapati lori jenis Nissan itu dari arah Semarak dan sedang menghala ke Kawasan Perindustrian Ringan Semarak.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, lori berkenaan dikatakan membelok masuk ke simpang kanan sebelum sebuah motosikal jenis SYM tiba-tiba datang dari arah bertentangan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerajaan Komited Selesaikan Isu Perumahan Generasi Baharu FELDA, Bukan Retorik Pilihan Raya


“Penunggang motosikal itu dikatakan gagal mengelak lalu melanggar bahagian belakang lori sebelah kiri sebelum jatuh di atas jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Johari berkata, pemandu lori, 41, dan kelindannya, 47, tidak mengalami sebarang kecederaan manakala mayat penunggang motosikal dibawa ke Unit Forensik Hospital Rembau untuk urusan bedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kakitangan USIM maut, motosikal rempuh lori tangki di Nilai

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dakwaan UMNO Terengganu Cuba Timbulkan Polemik Tidak Berasas – Rozi Mamat

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker