Johor Terus Amalkan Pendekatan Kolaboratif Dalam Agenda Perumahan Rakyat – Mohd Jafni
Johor Terus Amalkan Pendekatan Kolaboratif Dalam Agenda Perumahan Rakyat – Mohd Jafni

JOHOR BAHRU, 9 Dis – Kerajaan Negeri Johor terus menekankan pendekatan kolaboratif serta ‘whole-of-government’ dalam memastikan setiap inisiatif perumahan sampai ke peringkat akar umbi, kata Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor.
Beliau berkata, keserasian dasar antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan membolehkan banyak projek dipercepatkan, termasuk penyelesaian projek sakit serta program penyenggaraan kediaman rakyat yang telah lama dinantikan.
“Pendekatan ini membolehkan setiap projek perumahan rakyat dilaksanakan secara teratur, selamat dan memberi keselesaan kepada penduduk. Sokongan berterusan daripada KPKT juga sangat membantu dalam memastikan rumah yang didiami rakyat berada dalam keadaan baik dan berkualiti,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam hantaran menerusi laman Facebooknya selepas program lawatan meninjau kerja penggantian lif di RSK Larkin yang menelan peruntukan RM2.4 juta daripada KPKT.
Jelasnya, projek ini bertujuan memperbaiki keselamatan dan keselesaan penduduk serta mempercepat pemulihan infrastruktur rumah berstrata yang memerlukan perhatian.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- #GerikDiHatiku: Dr Asyraf Ziarah Prihatin, Santuni Masyarakat Di Hujung Minggu
- Kerajaan Akan Terus Sokong Pertumbuhan Industri e-Sukan
- Reformasi Bukan Bersifat Sementara… Komitmen Berterusan Kerajaan Perkukuh Institusi
-
Seminar Perancangan Hala Tuju KPT 2026 Rangka Agenda, Keutamaan Sektor Pendidikan Tinggi
Pembukaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Bukit Katil
Menurut beliau, program hari ini juga menonjolkan kejayaan beberapa projek penting lain termasuk penyenggaraan perumahan rakyat dan penggantian lif di PPR dan RSK, yang kesemuanya mendapat sokongan teknikal dan peruntukan berterusan daripada KPKT.

“Kerajaan Negeri Johor komited untuk terus mempertingkatkan penyelenggaraan berkala, mempercepatkan projek pemulihan, dan memastikan setiap manfaat sampai terus kepada rakyat, sejajar dengan aspirasi MAJU JOHOR.”
Turut hadir dalam program ini ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ngar Kor Ming; Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Koperasi & Keusahawanan Johor merangkap ADUN Larkin, Hairi Mad Shah; serta Ketua Eksekutif PKPJ, Datin Paduka Suhailizan Suliman bersama pasukan PKPJ. – UMNO Online
Johor Terus Amalkan Pendekatan Kolaboratif Dalam Agenda Perumahan Rakyat – Mohd Jafni
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerjasama MARA Dan Batik Air Bantu Pelajar Miskin, B40 Jadi Jurutera Industri Penerbangan
- Onn Hafiz Serah Bantuan Kasih Johor Di Machap, Kerajaan Negeri Terus Perkukuh Agenda Kebajikan
- KKR Teliti Semula Projek Infrastruktur Awam, Berdasarkan Senarai Keutamaan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kerajaan Komited Selesaikan Isu Perumahan Generasi Baharu FELDA, Bukan Retorik Pilihan Raya
You must be logged in to post a comment.