FAM yakin Nafuzi mampu kejutkan Vietnam

FAM yakin Nafuzi mampu kejutkan Vietnam

FAM yakin Nafuzi mampu kejutkan Vietnam
SESI latihan pasukan bola sepak Harimau Malaya B-23, di Padang Latihan Romsai Football Club. -FOTO Eizairi Shamsudin

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terus menaruh harapan tinggi agar skuad bawah 23 tahun (B-23) negara mampu mencipta kejutan apabila turun berdepan Vietnam dalam aksi penting Kumpulan B Sukan Sea Bangkok, esok.

Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata beliau tetap optimis kemampuan pasukan kebangsaan meskipun Vietnam dianggap pasukan paling konsisten dan antara gergasi rantau ini di temasya dwitahunan itu.

Jelasnya, walaupun laluan sukar menanti, semangat juang dan komitmen pemain diyakini dapat membuka ruang buat Malaysia membawa pulang keputusan positif dalam misi mara ke separuh akhir.

“Kita berdepan lawan yang mempunyai reputasi hebat di Sukan Sea, saya tetap percaya mereka mampu melangkah ke pusingan seterusnya dan membawa kejayaan gemilang buat negara,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Menurut Yusoff, keyakinan itu hadir kerana jurulatih Nafuzi Zain sudah pasti mempunyai formula taktikal tertentu untuk mengekang kekuatan Vietnam yang terkenal dengan corak permainan agresif dan transisi pantas.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerajaan Komited Selesaikan Isu Perumahan Generasi Baharu FELDA, Bukan Retorik Pilihan Raya


“Kita percaya Nafuzi sudah mempunyai perancangan terbaik untuk memerangkap Vietnam. Yang penting pemain beri komitmen penuh dan ikut disiplin taktikal sepanjang 90 minit.

“Saya berharap mereka bermain tanpa rasa gentar. Apa yang penting adalah keyakinan dan kerjasama sebagai satu pasukan,” katanya.

Mengikut rekod, Malaysia hanya memerlukan keputusan seri untuk mara ke separuh akhir, namun skuad bimbingan Nafuzi sudah menegaskan mereka tetap turun dengan mentaliti untuk menang dan tidak akan bermain secara berkira.

Perlawanan menentang Vietnam dianggap antara ujian terbesar skuad muda negara setakat ini, namun Yusoff percaya pengalaman berdepan tekanan tinggi mampu membentuk karakter pasukan untuk masa depan.

Ketika ini skuad B-23 negara mendahului kumpulan B dengan mengutip tiga mata hasil kemenangan 4-1 menentang Laos tempoh hari.

FAM yakin Nafuzi mampu kejutkan Vietnam

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dakwaan UMNO Terengganu Cuba Timbulkan Polemik Tidak Berasas – Rozi Mamat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker