FAM kekal tekad perjuang isu pemain warisan di CAS
FAM kekal tekad perjuang isu pemain warisan di CAS

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kekal komited membawa perjuangan berkaitan isu hukuman pemain warisan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) demi mempertahankan kepentingan bola sepak negara.
Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, badan induk itu memberi kepercayaan penuh kepada barisan peguam yang dilantik untuk mengetuai hujahan pada peringkat tertinggi tersebut.
Beliau menegaskan FAM berada pada fasa terakhir perjuangan selepas rayuan sebelum ini ditolak FIFA, namun tetap yakin proses di CAS perlu diteruskan bagi menuntut keadilan sewajarnya.
Sebelum ini, FAM mengesahkan sudah menghantar rayuan rasmi kepada CAS berhubung hukuman FIFA terhadap FAM serta tujuh pemain warisan Harimau Malaya.
Menurut ketetapan terkini, pasukan peguam yang mewakili FAM diberi tempoh sehingga 18 Disember ini untuk mengemukakan hujahan bertulis lengkap sebelum panel arbitrator membuat penilaian.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerjasama MARA Dan Batik Air Bantu Pelajar Miskin, B40 Jadi Jurutera Industri Penerbangan
- Onn Hafiz Serah Bantuan Kasih Johor Di Machap, Kerajaan Negeri Terus Perkukuh Agenda Kebajikan
- KKR Teliti Semula Projek Infrastruktur Awam, Berdasarkan Senarai Keutamaan
Kerajaan Komited Selesaikan Isu Perumahan Generasi Baharu FELDA, Bukan Retorik Pilihan Raya
“Memang ini perjuangan kita bagi menentukan bahawa apa yang kita lakukan mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak berkuasa.
“Kita tahu kita gagal di FIFA, ini pentas terakhir untuk perjuangkan isu ini dan kami mengharapkan keputusan terbaik. Apapun keputusannya nanti, kami terima dengan hati terbuka,” katanya.
Beliau berkata, barisan peguam yang dilantik sudah bersiap sedia untuk memenuhi segala tuntutan teknikal serta masa yang ditetapkan CAS.
Katanya lagi, FAM percaya hujahan kukuh dan dokumen lengkap mampu memberi ruang kepada proses penilaian semula yang lebih adil terhadap kes pemain warisan.
“Kita lakukan apa yang terbaik untuk bola sepak negara. Kita mahu isu ini dinilai secara adil,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- #GerikDiHatiku: Dr Asyraf Ziarah Prihatin, Santuni Masyarakat Di Hujung Minggu
- Kerajaan Akan Terus Sokong Pertumbuhan Industri e-Sukan
- Reformasi Bukan Bersifat Sementara… Komitmen Berterusan Kerajaan Perkukuh Institusi
-
Seminar Perancangan Hala Tuju KPT 2026 Rangka Agenda, Keutamaan Sektor Pendidikan Tinggi
Pembukaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Bukit Katil
Terdahulu, Arena Metro melaporkan FAM kini berada di persimpangan penting selepas CAS mengesahkan menerima rayuan mereka terhadap Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), difailkan kelmarin.
Dalam e-mel rasmi pegawai komunikasi CAS, Vanessa Tracey kepada Arena metro, menjelaskan bahawa kedua-dua pihak kini sedang bertukar dokumen bertulis mengikut peraturan prosedur CAS.
Mengikut rekod, sebelum ini Jawatankuasa Rayuan FIFA menolak rayuan yang dikemukakan FAM dan tujuh pemain warisan selepas meneliti keseluruhan bukti serta hujahan dalam prosiding berkaitan kes pemalsuan dokumen.
Tujuh pemain terbabit adalah Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel.
Dalam keputusan bertulis yang dikeluarkan, badan itu menegaskan bahawa kes berkenaan adalah pelanggaran serius di bawah Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC), sekali gus mengekalkan semua hukuman yang sudah ditetapkan sebelum ini.
Hukuman terhadap FAM iaitu denda sebanyak CHF350,000 (RM1.9 juta) dikekalkan sepenuhnya, sementara tujuh pemain terbabit turut mengekalkan hukuman masing-masing termasuk denda CHF2,000 (RM10,000) serta penggantungan selama 12 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak.
FAM kekal tekad perjuang isu pemain warisan di CAS
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Johor Terus Amalkan Pendekatan Kolaboratif Dalam Agenda Perumahan Rakyat – Mohd Jafni
- Ahmad Zahid Tegaskan Kepentingan Memperkasa Ekosistem Perlindungan Sosial Negara
- Mohd Zaidy Tegaskan Komitmen Demi Rakyat Dalam Perbahasan Belanjawan Negeri Sembilan 2026
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dakwaan UMNO Terengganu Cuba Timbulkan Polemik Tidak Berasas – Rozi Mamat
You must be logged in to post a comment.