Erra Fazira Kongsi 6 Jam Bergayut Telefon Dengan Mr.E [VIDEO]

“Pertama Kali Dalam Hidup…”

Erra Fazira Kongsi 6 Jam Bergayut Telefon Dengan Mr.E [VIDEO]

Erra Fazira Kongsi 6 Jam Bergayut Telefon Dengan Mr.E [VIDEO]

Pelakon-penyanyi Erra Fazira baru-baru ini mencuri perhatian orang ramai apabila dia berkongsikan detik awal perkenalannya dengan bakal suami, Ezwan Zain, atau lebih mesra disapa sebagai Mr. E.

Menerusi podcast ‘Kasi Onz’, Erra berkongsi momen-momen perkenalan mereka termasuklah bagaimana dia boleh bergayut telefon selama enam jam buat pertama kali dalam hidupnya.

Kongsinya dalam podcast tersebut, pelakon itu memberitahu bahawa ia adalah satu pengalaman baru untuknya memandangkan dia lebih gemar berkomunikasi melalui mesej berbanding bercakap telefon.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerajaan Komited Selesaikan Isu Perumahan Generasi Baharu FELDA, Bukan Retorik Pilihan Raya


“Saya ni tak kaki bercakap dalam telefon. Nak apa-apa mesej saja. Dia (Mr. E) ni nak call call. Tahu tak berapa lama?

Pertama kali dalam hidup saya bercakap dalam telefon 6 jam. Apa? Saya macam dia ni bila nak letak telefon. Saya sampai boleh letak telefon dekat tepi dan buat kerja lain. Saya pertama kali tau bergayut lama macam tu. Tak pernah.”

Pada masa yang sama, Mr. E turut berkongsi beberapa perkara termasuklah cabarannya dalam berkomunikasi dengan Erra Fazira pada awal perkenalan mereka berdua. Dedah Mr. E, keadaan bertambah rumit apabila Erra tidak mempunyai aplikasi WhatsApp dalam telefonnya.

“Saya kalau nak berkomunikasi dengan Erra cukup susah. Dia ni tak ada WhatsApp. Korang pernah terfikir tak macam mana saya nak berhubung dengan Erra Fazira yang tak ada WhatsApp?

Orang pakai WeChat nak pergi China saja, Erra pakai di Malaysia secara meluas. Saya mula-mula ingat dia tipu atau guna dua telefon. Jadi awal-awal itu kami kena komunikasi di Instagram.”

Erra Fazira Kongsi 6 Jam Bergayut Telefon Dengan Mr.E [VIDEO]

Untuk makluman semua, Erra Fazira dan Ezwan Zain pertama kali bertemu di konti Sinar FM ketika pelakon itu menjadi penyampai radio jemputan. Pasangan ini bakal mendirikan rumah tangga pada 12 Disember 2025.

Erra Fazira Kongsi 6 Jam Bergayut Telefon Dengan Mr.E [VIDEO]


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dakwaan UMNO Terengganu Cuba Timbulkan Polemik Tidak Berasas – Rozi Mamat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker