Dua pekerja ladang lemas dalam parit
Dua pekerja ladang lemas dalam parit

KUCHING: Dua lelaki warga Indonesia lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi dalam parit dipenuhi air banjir di Ladang Surai, Simpang Lapok, di Miri, pagi semalam.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata mayat seorang daripada mangsa ditemui rakan mereka kira-kira jam 3.30 petang, manakala seorang lagi ditemukan pagi ini.
Menurutnya, JBPM menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10 pagi semalam dan sepasukan empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng diarah ke lokasi kejadian terletak 68 kilometer dari balai.
“Berdasarkan maklumat awal diterima, kedua-dua mangsa dikenali sebagai Aidil, 20, dan Irfan, 18, sedang mandi bersama beberapa rakan lain di parit itu sebelum tiba-tiba dibawa arus deras.
“Saksi memaklumkan mayat seorang daripada mereka iaitu Aidil, ditemui orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerjasama MARA Dan Batik Air Bantu Pelajar Miskin, B40 Jadi Jurutera Industri Penerbangan
- Onn Hafiz Serah Bantuan Kasih Johor Di Machap, Kerajaan Negeri Terus Perkukuh Agenda Kebajikan
- KKR Teliti Semula Projek Infrastruktur Awam, Berdasarkan Senarai Keutamaan
Kerajaan Komited Selesaikan Isu Perumahan Generasi Baharu FELDA, Bukan Retorik Pilihan Raya
Menurutnya, mayat mangsa pertama itu kemudian diserahkan kepada pihak polis Bekenu untuk tindakan lanjut dan operasi menyelamat (SAR) diaktifkan sebaik anggota tiba di lokasi pada jam 4.25 petang semalam untuk mengesan seorang lagi yang masih hilang namun gagal menemui mangsa sehingga pencarian ditangguhkan lewat petang.
Operasi SAR diteruskan pada jam 9 pagi ini dan ditamatkan pada jam 11.06 pagi sebaik sahaja mayat mangsa kedua ditemui.
“Mayat mangsa kedua itu ditemui ketika banjir mula surut pada jarak kira-kira 150 meter dari tempat terakhir dia dilihat.
“Mayat kemudian dibawa ke kuarters pekerja ladang sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Dua pekerja ladang lemas dalam parit
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Johor Terus Amalkan Pendekatan Kolaboratif Dalam Agenda Perumahan Rakyat – Mohd Jafni
- Ahmad Zahid Tegaskan Kepentingan Memperkasa Ekosistem Perlindungan Sosial Negara
- Mohd Zaidy Tegaskan Komitmen Demi Rakyat Dalam Perbahasan Belanjawan Negeri Sembilan 2026
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dakwaan UMNO Terengganu Cuba Timbulkan Polemik Tidak Berasas – Rozi Mamat
You must be logged in to post a comment.