Wanita lemas MPV jatuh dalam Sungai Muar

Wanita lemas MPV jatuh dalam Sungai Muar

Wanita lemas MPV jatuh dalam Sungai Muar
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa selepas sebuah MPV terjatuh ke dalam Sungai Muar. – Foto ihsan bomba

TANGKAK: Seorang wanita ditemukan lemas selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terjunam ke dalam Sungai Muar, Tanjung Agas, di sini, petang tadi.

Mangsa berusia 20-an disahkan meninggal dunia selepas MPV Nissan Grand Livina itu dihanyutkan arus sungai sejauh kira-kira 100 meter dari lokasi kenderaan terjatuh.

Difahamkan, sebelum kejadian mangsa berseorangan datang ke pusat rekreasi berkenaan untuk berehat.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak, Jahairi Shukor, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 3.48 petang.

Beliau berkata, sepasukan 10 anggota dengan bantuan BBP Muar bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pembukaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Bukit Katil


“Sebaik tiba, anggota bomba mendapati terdapat seorang wanita terperangkap di dalam MPV terbabit. Operasi berjaya mengeluarkan mangsa namun disahkan meninggal dunia.

“Mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan

Wanita lemas MPV jatuh dalam Sungai Muar

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerajaan Komited Selesaikan Isu Perumahan Generasi Baharu FELDA, Bukan Retorik Pilihan Raya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker