Tiada bukti calon pemilihan PKR terbabit rasuah – Sumber

Tiada bukti calon pemilihan PKR terbabit rasuah – Sumber

Tiada bukti calon pemilihan PKR terbabit rasuah - Sumber

KUALA LUMPUR: Siasatan dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap seorang calon yang bertanding ketika pemilihan PKR Mei lalu mendapati tiada sebarang bukti menunjukkan beliau menerima rasuah daripada mana-mana kontraktor atau pihak lain.

Sumber SPRM memaklumkan hasil keseluruhan siasatan mendapati semua sumber kewangan bagi pembelian aset yang dilakukan individu berkenaan adalah daripada simpanan peribadi serta hasil jualan perniagaan dan syarikat.

“Semakan aset mendapati beliau (calon) memiliki beberapa rumah kos sederhana serta beberapa kenderaan, semuanya dibeli melalui pinjaman bank yang sah.

“Tuduhan bahawa individu itu (calon) memiliki sebuah rumah ‘luar biasa’ di Port Dickson adalah tidak tepat.

“Rumah itu sebenarnya adalah aset pihak berkuasa tempatan yang melalui proses pelupusan biasa, dan permohonan pembelian dibuat pada harga RM55,000,” katanya ketika dihubungi hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pembukaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Bukit Katil


Beberapa Ahli Majlis lain dilaporkan turut membeli rumah pada kadar yang sama dan semakan mendapati proses itu teratur serta mengikut prosedur.

Selain itu, individu berkenaan juga pernah menjalankan beberapa perniagaan sebelum menyertai politik, namun perniagaan berkenaan telah dijual.

Bagaimanapun, nama pendaftarannya tidak dipindahkan kepada pemilik baharu di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), menyebabkan terdapat keperluan untuk memberi penjelasan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhubung hasil jualan.

Sumber turut memaklumkan individu berkenaan memberikan kerjasama dengan hadir bersama peguam semasa siasatan dilakukan.

Individu terbabit sebelum ini dipanggil bagi memberikan keterangan berhubung dakwaan rasuah ketika memegang jawatan sebagai Ahli Majlis di sebuah pihak berkuasa tempatan di Lembah Klang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tiga Tahun Memegang Amanah, Tekad Ahmad Zahid Mengupaya Desa Menjulang Negara


Bagaimanapun, SPRM menafikan tuduhan kononnya agensi itu digunakan untuk menyiasat calon-calon yang bertanding pada pemilihan PKR Mei lalu seperti didakwa bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli dalam satu audio siar baru-baru ini.

Menurut SPRM, setiap aduan yang mempunyai asas akan melalui proses pengesahan dan siasatan mengikut undang-undang serta prosedur ditetapkan.

Tiada bukti calon pemilihan PKR terbabit rasuah – Sumber

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerajaan Komited Selesaikan Isu Perumahan Generasi Baharu FELDA, Bukan Retorik Pilihan Raya

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker