Sumatera Utara rugi RM2.4 bilion akibat banjir, tanah runtuh

Sumatera Utara rugi RM2.4 bilion akibat banjir, tanah runtuh

Sumatera Utara rugi RM2.4 bilion akibat banjir, tanah runtuh
Villagers affected by flash floods clean mud from their home and belongings in Aek Ngadol village, South Tapanuli Regency, North Sumatra province, on December 5, 2025. (Photo by AHMAD RIDWAN NASUTION / AFP)

JAKARTA – Gabenor Sumatera Utara, Bobby Nasution menganggarkan jumlah kerosakan akibat banjir kilat dan tanah runtuh di 17 daerah serta bandar baru-baru ini mencecah 9.98 trilion rupiah (RM2.4 bilion), lapor akhbar Tempo semalam.

Sektor infrastruktur mengalami kerosakan besar, termasuk 23  jalan raya nasional serta tiga jambatan nasional diikuti  25  jalan raya wilayah dan lima jambatan wilayah.

Jaringan pengangkutan itu memerlukan pembaikan  menyeluruh untuk memulihkan mobiliti dan logistik di seluruh wilayah Sumatera Utara.

Kerosakan sektor pertanian termasuk 4,359 meter saluran pengairan dan 26 titik benteng, di samping kemusnahan 38,878 hektar tanah pertanian serta 5,750 hektar sawah padi.

​​Sektor perladangan pula menyaksikan 28,328 hektar kawasan terjejas, manakala industri penternakan mencatatkan kerugian sebanyak 161,949 haiwan ternakan yang mati.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pembukaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Bukit Katil


Dalam bidang pendidikan, 397 sekolah rosak, manakala sektor kesihatan menyakikan 18 hospital, 25 pusat kesihatan komuniti, 19 pusat kesihatan daerah kecil dan sembilan pos kesihatan sama ada musnah atau rosak.

Sektor perumahan pula menyaksikan kira-kira 99,169 unit kediaman dan 131 tempat ibadat terjejas akibat banjir dan serpihan kayu balak.

“Kami sedang menjalankan operasi pencarian menyeluruh. Kemas kini masih menunjukkan terdapat mangsa hilang. Kami akan berusaha untuk mencari mereka,” kata Bobby.

“Pada masa ini, terdapat 13 daerah kecil terpencil. Bantuan logistik telah diagihkan meskipun bukan melalui laluan darat,” tambahnya. – AGENSI

Sumatera Utara rugi RM2.4 bilion akibat banjir, tanah runtuh

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerajaan Komited Selesaikan Isu Perumahan Generasi Baharu FELDA, Bukan Retorik Pilihan Raya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker