Skuad Malayan Tigress belum capai tahap pesaing serantau- Suraya
Skuad Malayan Tigress belum capai tahap pesaing serantau- Suraya

Kuala Lumpur: Kekalahan 0-3 skuad Malayan Tigress kepada Myanmar dalam aksi Kumpulan B Sukan Sea 2025 bukan sekadar keputusan mengecewakan, tetapi cerminan jurang besar yang masih perlu dirapatkan pasukan wanita negara dalam saingan serantau.
Pengurus pasukan, Datuk Suraya Yaacob menegaskan realiti ranking dunia tidak boleh dipandang sebelah mata.
Malaysia kini di tangga ke-92 dunia, jauh di belakang Vietnam (37) dan Myanmar (56) iaitu satu perbezaan yang menggambarkan cabaran sebenar dihadapi pasukan.
“Orang kena faham tentang ranking, ia tidak pernah menipu.
“Kita di ranking 92 dan semua pasukan dalam kumpulan ini jauh lebih tinggi daripada kita. Dari awal lagi, kita memang tahu cabarannya besar dan sangat sukar,” katanya.Namun, Suraya mendedahkan pemain negara sebenarnya masuk ke padang dengan semangat untuk mencipta kejutan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- #GerikDiHatiku: Dr Asyraf Ziarah Prihatin, Santuni Masyarakat Di Hujung Minggu
- Kerajaan Akan Terus Sokong Pertumbuhan Industri e-Sukan
- Reformasi Bukan Bersifat Sementara… Komitmen Berterusan Kerajaan Perkukuh Institusi
-
Seminar Perancangan Hala Tuju KPT 2026 Rangka Agenda, Keutamaan Sektor Pendidikan Tinggi
Pembukaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Bukit Katil
Menurutnya, persefahaman pasukan memberi keyakinan bahawa pintu kemenangan tidak tertutup sepenuhnya.
“Menentang Myanmar, sebenarnya kami fikir ada peluang untuk menang.
“Jurang ranking 92 dan 56 memang besar, tetapi bukan mustahil. Ada ketika kami nampak peluang, tetapi kami gagal memanfaatkannya,” katanya.
Harapan Malaysia dalam saingan Sukan Sea semakin pudar selepas tunduk 0-3 hasil jaringan San Thaw Thaw (minit ke-26), May Htet Lu (35) dan Win Theingi Tun (65).
Keadaan bertambah kelam apabila Malaysia beraksi dengan 10 pemain selepas Nur Adrienna Zamzaihiri dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-57, insiden yang turut menyaksikan ketua jurulatih Joel Cornelli dikenakan kad kerana mempertahankan pemainnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bajet Melaka 2026 : Rais Yasin Terharu Kelulusan SRA Sungai Udang
- Ahmad Zahid Iringi Perjalanan Terakhir Allahyarham Bung Moktar
- Belanjawan Negeri Pahang: Tujuh Teras Utama, Selaras Aspirasi Pahang 1st
Tiga Tahun Memegang Amanah, Tekad Ahmad Zahid Mengupaya Desa Menjulang Negara
Dengan dua kekalahan dan tanpa sebarang mata, Malaysia kini berdepan Filipina Khamis ini dalam misi terakhir menyelamatkan maruah.
Skuad Malayan Tigress belum capai tahap pesaing serantau- Suraya
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerjasama MARA Dan Batik Air Bantu Pelajar Miskin, B40 Jadi Jurutera Industri Penerbangan
- Onn Hafiz Serah Bantuan Kasih Johor Di Machap, Kerajaan Negeri Terus Perkukuh Agenda Kebajikan
- KKR Teliti Semula Projek Infrastruktur Awam, Berdasarkan Senarai Keutamaan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kerajaan Komited Selesaikan Isu Perumahan Generasi Baharu FELDA, Bukan Retorik Pilihan Raya
You must be logged in to post a comment.