Rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Isa Samad ditetapkan 5 Februari 2026

Rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Isa Samad ditetapkan 5 Februari 2026

Rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Isa Samad ditetapkan 5 Februari 2026
Bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. – Foto fail BERNAMA

PUTRAJAYA: Pendengaran rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad daripada sembilan pertuduhan rasuah dijadualkan semula kepada 5 Februari tahun depan di Mahkamah Persekutuan.

Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz berkata tarikh baharu itu ditetapkan semasa pengurusan kes yang dijalankan secara dalam talian di hadapan Timbalan Pendaftar, Wan Fatimah Zaharah Wan Yussof hari ini.

Beliau memberitahu Bernama bahawa tarikh pendengaran yang sepatutnya ditetapkan pada 4 Disember terpaksa dijadualkan semula kerana Mohd Isa, 75, dimasukkan ke hospital.

Pihak pendakwaan memfailkan notis rayuan pada 7 Mac lepas untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan dan mengembalikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkan Mohd Isa atas pertuduhan terbabit.

Pihak pendakwaan kemudiannya mengemukakan petisyen rayuan pada 26 Jun dengan 24 alasan bahawa Mahkamah Rayuan telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta ketika melepaskan dan membebaskan Mohd Isa daripada semua pertuduhan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pembukaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Bukit Katil


Pada 6 Mac tahun lepas, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan melepaskan dan membebaskan Mohd Isa selepas membenarkan rayuannya.

Panel itu sebulat suara mengetepikan sabitan dan hukuman penjara enam tahun serta denda RM15.45 juta yang dijatuhkan kepada Mohd Isa.

Mahkamah Rayuan juga membatalkan keputusan oleh Mahkamah Tinggi pada 3 Februari 2021 yang mendapati Mohd Isa bersalah atas sembilan pertuduhan rasuah yang didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara FELDA, Platinum Park, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur antara 21 Julai 2014 hingga 11 Disember 2015.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu didakwa menerima suapan berjumlah RM3.09 juta daripada Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd ketika itu, Ikhwan Zaidel, melalui bekas pegawai khasnya, Muhammad Zahid Md Arip.

Bayaran itu dibuat sebagai tanda terima kasih kerana meluluskan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd pada harga RM160 juta.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tiga Tahun Memegang Amanah, Tekad Ahmad Zahid Mengupaya Desa Menjulang Negara


Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 21(1) akta sama, memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Isa Samad ditetapkan 5 Februari 2026

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerajaan Komited Selesaikan Isu Perumahan Generasi Baharu FELDA, Bukan Retorik Pilihan Raya

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker