Pelajar UiTM Segamat maut selepas motosikal ditunggang rempuh kereta
Pelajar UiTM Segamat maut selepas motosikal ditunggang rempuh kereta

SEGAMAT: Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Segamat di sini, maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta keluar simpang di Kilometer 188, Jalan Johor Bahru-Seremban, dekat Buloh Kasap, semalam.
Nahas pada kira-kira jam 5 petang itu menyebabkan Ahmad Fadhlan Fakhri Mohd Faizul, 20, penuntut diploma Sains Matematik parah sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Difahamkan, ketika kejadian mangsa yang bekerja sambilan sebagai penghantar makanan dikatakan tidak sempat mengelak kereta yang keluar simpang terbabit secara tiba-tiba.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, berkata siasatan awal mendapati kereta dipandu lelaki berusia 60an itu keluar simpang Jalan Hussin menghala ke Jalan Kuari.
Katanya, sebuah motosikal dari arah Buloh Kasap menghala ke Segamat tidak sempat mengelak sebelum merempuh kereta terbabit.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- #GerikDiHatiku: Dr Asyraf Ziarah Prihatin, Santuni Masyarakat Di Hujung Minggu
- Kerajaan Akan Terus Sokong Pertumbuhan Industri e-Sukan
- Reformasi Bukan Bersifat Sementara… Komitmen Berterusan Kerajaan Perkukuh Institusi
-
Seminar Perancangan Hala Tuju KPT 2026 Rangka Agenda, Keutamaan Sektor Pendidikan Tinggi
Pembukaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Bukit Katil
“Akibat rempuhan itu menyebabkan mangsa parah dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian. Pemandu kereta tidak cedera dengan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Orang ramai mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu boleh menghubungi balai trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat di talian 07-9325811 bagi membantu siasatan,” katanya.
Sementara itu, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM Segamat dalam kenyataan menzahirkan dukacita susulan berita kematian salah seorang penuntutnya.
“Dengan rasa penuh hiba, kami ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Ahmad Fadhlan atas pemergian insan yang dikasihi.
“Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar buat kami semua, khususnya warga Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UiTM Segamat,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bajet Melaka 2026 : Rais Yasin Terharu Kelulusan SRA Sungai Udang
- Ahmad Zahid Iringi Perjalanan Terakhir Allahyarham Bung Moktar
- Belanjawan Negeri Pahang: Tujuh Teras Utama, Selaras Aspirasi Pahang 1st
Tiga Tahun Memegang Amanah, Tekad Ahmad Zahid Mengupaya Desa Menjulang Negara
Katanya, sebuah motosikal dari arah Buloh Kasap menghala ke Segamat tidak sempat mengelak sebelum merempuh kereta terbabit.
“Akibat rempuhan itu menyebabkan mangsa parah dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian. Pemandu kereta tidak cedera dengan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Orang ramai mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu boleh menghubungi balai trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat di talian 07-9325811 bagi membantu siasatan,” katanya.
Sementara itu, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM Segamat dalam kenyataan menzahirkan dukacita susulan berita kematian salah seorang penuntutnya.
“Dengan rasa penuh hiba, kami ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Ahmad Fadhlan atas pemergian insan yang dikasihi.
“Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar buat kami semua, khususnya warga Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UiTM Segamat,” katanya.
Pelajar UiTM Segamat maut selepas motosikal ditunggang rempuh kereta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerjasama MARA Dan Batik Air Bantu Pelajar Miskin, B40 Jadi Jurutera Industri Penerbangan
- Onn Hafiz Serah Bantuan Kasih Johor Di Machap, Kerajaan Negeri Terus Perkukuh Agenda Kebajikan
- KKR Teliti Semula Projek Infrastruktur Awam, Berdasarkan Senarai Keutamaan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kerajaan Komited Selesaikan Isu Perumahan Generasi Baharu FELDA, Bukan Retorik Pilihan Raya
You must be logged in to post a comment.