Operasi gempur di Selayang Baru diselaras MKN, tiada tindakan ke atas pemegang sah kad UNHCR

Operasi gempur di Selayang Baru diselaras MKN, tiada tindakan ke atas pemegang sah kad UNHCR

Operasi gempur di Selayang Baru diselaras MKN, tiada tindakan ke atas pemegang sah kad UNHCR
Pemeriksaan dokumen warga asing dibuat ketika Operasi Jabatan Imigresen Selangor di Selayang. – Foto NSTP/ASYRAF HAMZAH

KUALA LUMPUR: Operasi besar-besaran membanteras kegiatan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Selayang Baru, Sabtu lalu, diselaraskan Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Selangor dengan penyertaan tujuh agensi penguat kuasa.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, berkata Jabatan Imigresen melaksanakan pemeriksaan dokumen terhadap warga asing dalam operasi berkenaan.

Beliau berkata, warga asing yang memegang dokumen sah termasuk kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) tidak melakukan kesalahan di bawah undang-undang Imigresen.

“Mana-mana warga asing yang mempunyai dokumen sah termasuk kad UNHCR, tiada kesalahan Imigresen yang boleh diambil tindakan.

“Bagi aktiviti perniagaan pula, ia berada di bawah bidang kuasa agensi penguat kuasa lain seperti pihak berkuasa tempatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pembukaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Bukit Katil


Dalam operasi bermula Sabtu lalu, seramai 843 disyaki PATI ditahan hasil pemeriksaan terhadap 1,116 individu.

Operasi besar-besaran itu diselaraskan Jawatankuasa MKN Selangor dan diketuai oleh Menteri Besar Selangor merangkap Pengerusi MKN Negeri.

Ia membabitkan kerjasama strategik antara Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta pihak berkuasa tempatan.

Tangkapan membabitkan 647 warga Myanmar, selain warga Nepal (102), Bangladesh (79), Indonesia (15) dan India (10).

Semua yang ditahan berusia antara 21 hingga 53 tahun disyaki melakukan kesalahan seperti tiada dokumen pengenalan diri, melanggar syarat pas, tinggal lebih masa dan menggunakan kad yang tidak diiktiraf.

Serbuan dijalankan susulan aduan awam berhubung lambakan warga asing serta aktiviti perniagaan tanpa lesen di sekitar Pasar Selayang dan Pasar Tani Selayang.

Operasi gempur di Selayang Baru diselaras MKN, tiada tindakan ke atas pemegang sah kad UNHCR

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerajaan Komited Selesaikan Isu Perumahan Generasi Baharu FELDA, Bukan Retorik Pilihan Raya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker