Onn Hafiz Serah Bantuan Kasih Johor Di Machap, Kerajaan Negeri Terus Perkukuh Agenda Kebajikan
Onn Hafiz Serah Bantuan Kasih Johor Di Machap, Kerajaan Negeri Terus Perkukuh Agenda Kebajikan

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi bersyukur dapat menyempurnakan penyerahan Bantuan Kasih Johor (BKJ) 2025 kepada rakyat kawasannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap.
Menurutnya, menerusi Belanjawan Johor 2026, kerajaan negeri telah mengumumkan 23 inisiatif di bawah BKJ yang melibatkan pelbagai kumpulan sasar, dengan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM170.7 juta, memanfaatkan lebih 355,000 penerima di seluruh negeri.
“Bagi sesi penyampaian di DUN Machap kali ini, seramai 5,376 penerima telah menerima manfaat BKJ, melibatkan veteran dan pesara tentera dan PDRM (Polis Diraja Malaysia), penjawat awam Persekutuan.
“…penggerak ekonomi akar umbi termasuk petani, penternak, nelayan, pemandu perkhidmatan dan komuniti Orang Asli, serta golongan yang memerlukan seperti warga emas, OKU (orang kurang upaya), pesakit kronik, anak yatim dan keluarga miskin,” kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor itu menerusi satu catatan di Facebook.
Tambah Onn Hafiz lagi, menerusi program ini, beliau turut meluangkan masa bertanya khabar dan beramah mesra bersama orang DUN Machap.

“Seperti yang pernah saya tekankan sebelum ini, hasrat kerajaan negeri adalah untuk membantu lebih ramai rakyat Johor dan memastikan segala limpahan pembangunan negeri dikongsi serta dirasai oleh seluruh masyarakat, tanpa ada yang ketinggalan.
“Kerajaan negeri akan terus memperkukuh agenda kebajikan, menambah baik sokongan kepada golongan yang memerlukan, dan memastikan kesejahteraan rakyat kekal sebagai keutamaan dalam setiap dasar dan keputusan,” katanya.
Justeru, Onn Hafiz mengucapkan terima kasih atas sambutan dan layanan mesra keluarga besar terhadapnya di DUN Machap.
“Semoga segala usaha ini menjadi asbab bertambahnya rahmat, keberkatan dan kesejahteraan buat seluruh Bangsa Johor, hari ini dan untuk masa hadapan. Insya-Allah,” katanya. – UMNO ONLINE
Onn Hafiz Serah Bantuan Kasih Johor Di Machap, Kerajaan Negeri Terus Perkukuh Agenda Kebajikan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- #GerikDiHatiku: Dr Asyraf Ziarah Prihatin, Santuni Masyarakat Di Hujung Minggu
- Kerajaan Akan Terus Sokong Pertumbuhan Industri e-Sukan
- Reformasi Bukan Bersifat Sementara… Komitmen Berterusan Kerajaan Perkukuh Institusi
-
Seminar Perancangan Hala Tuju KPT 2026 Rangka Agenda, Keutamaan Sektor Pendidikan Tinggi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pembukaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Bukit Katil
You must be logged in to post a comment.