Mati dalam tahanan polis, keluarga ahli perniagaan terima pampasan RM1.1 juta
Mati dalam tahanan polis, keluarga ahli perniagaan terima pampasan RM1.1 juta

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memerintahkan polis dan kerajaan membayar pampasan RM1.1 juta kepada keluarga seorang ahli perniagaan yang meninggal dunia dalam lokap polis pada 2018.
Hakim Noor Hayati Mat memutuskan balu S Thanabalan iaitu V Shanti dan bapa wanita itu, P Vathian menerima RM500,000 sebagai ganti rugi am kerana kecuaian, RM200,000 sebagai ganti rugi teruk termasuk kesakitan dan penderitaan, RM30,000 (kehilangan nyawa), RM414,000 (ganti rugi tanggungan) serta RM10,000 (ganti rugi khas untuk menampung perbelanjaan pengebumian).
Mahkamah turut memerintahkan kerajaan membayar faedah pada kadar lima peratus setahun bermula dari tarikh Thanabalan ditemukan meninggal dunia pada 17 April 2018 sehingga jumlah ganti rugi itu diselesaikan.
Hakim Noor Hayati turut memberikan kos berjumlah RM7,000 kepada pihak plaintif. Keputusan terbabit disampaikan dalam prosiding menerusi aplikasi Zoom.
Peguam M Visvanathan yang mewakili keluarga berkenaan, ketika dihubungi mengesahkan keputusan itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- #GerikDiHatiku: Dr Asyraf Ziarah Prihatin, Santuni Masyarakat Di Hujung Minggu
- Kerajaan Akan Terus Sokong Pertumbuhan Industri e-Sukan
- Reformasi Bukan Bersifat Sementara… Komitmen Berterusan Kerajaan Perkukuh Institusi
-
Seminar Perancangan Hala Tuju KPT 2026 Rangka Agenda, Keutamaan Sektor Pendidikan Tinggi
Pembukaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Bukit Katil
Pada 12 Mac 2024, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan polis dan kerajaan untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati kedua-dua pihak cuai berhubung kematian Thanabalan dalam lokap polis.
Pada 30 Oktober 2023, keputusan Mahkamah Rayuan memihak kepada Santhi dan Vathian, yang memutuskan bahawa Ketua Polis Negara dan kerajaan cuai kerana gagal menghantar Thanabalan ke hospital secepat mungkin.
Mahkamah Rayuan mengembalikan kes itu ke Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi taksiran ganti rugi yang perlu dibayar kepada keluarga Thanabalan.
Thanabalan ditahan pada 29 Mac 2018 di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kerana didakwa terlibat dengan kumpulan jenayah terancang.
Pada 8.30 malam, 17 April 2018, Thanabalan pengsan di lokap Ibu Pejabat Polis Shah Alam dan dibawa ke hospital, namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital berkenaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bajet Melaka 2026 : Rais Yasin Terharu Kelulusan SRA Sungai Udang
- Ahmad Zahid Iringi Perjalanan Terakhir Allahyarham Bung Moktar
- Belanjawan Negeri Pahang: Tujuh Teras Utama, Selaras Aspirasi Pahang 1st
Tiga Tahun Memegang Amanah, Tekad Ahmad Zahid Mengupaya Desa Menjulang Negara
Santhi, 45, dan Vathian, 75, memfailkan saman itu pada 2021 terhadap 11 pegawai polis, Ketua Polis Negara dan kerajaan kerana cuai dan salah laku dalam jawatan awam.
Santhi turut memfailkan saman itu bagi pihak dua anaknya dan harta pusaka suaminya.
Vathian ialah pentadbir bersama harta pusaka itu. Mereka menuntut ganti rugi termasuk kehilangan nyawa, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan ganti rugi am serta perbelanjaan pengebumian.
Pada 4 April 2022, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak saman itu, namun Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan mendapati polis dan kerajaan cuai atas kematian Thanabalan, menyebabkan polis dan kerajaan memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran merayu kepada Mahkamah Persekutuan. – BERNAMA
Mati dalam tahanan polis, keluarga ahli perniagaan terima pampasan RM1.1 juta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerjasama MARA Dan Batik Air Bantu Pelajar Miskin, B40 Jadi Jurutera Industri Penerbangan
- Onn Hafiz Serah Bantuan Kasih Johor Di Machap, Kerajaan Negeri Terus Perkukuh Agenda Kebajikan
- KKR Teliti Semula Projek Infrastruktur Awam, Berdasarkan Senarai Keutamaan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kerajaan Komited Selesaikan Isu Perumahan Generasi Baharu FELDA, Bukan Retorik Pilihan Raya
You must be logged in to post a comment.