Mabella luah nada kecewa

Mabella luah nada kecewa

Mabella luah nada kecewa
PENYERANG import Terengganu FC, Yann Mabella (kiri) disahkan MCL. FOTO Ghazali Kori

Kuala Terengganu: Penyerang import Terengganu FC (TFC), Yann Mabella akui begitu kecewa selepas gagal meneruskan cabaran bersama pasukannya dalam mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Lebih mengecewakannya apabila dia terpaksa menunggu tempoh rehat yang belum pasti kesudahannya selepas disahkan mengalami kecederaan meniscus dan Ligamen Kolateral Medial (MCL) yang memerlukan rawatan khusus daripada pakar ortopedik.

Bagaimanapun pemain berdarah Perancis itu yang setakat ini muncul penjaring terbanyak skuad Penyu meletakkan harapan yang tinggi agar dapat kembali bersama pasukannya pada tahun depan.

“Berdasarkan kecederaan lutut yang dialami, pada awalnya saya dijangka berehat hanya enam minggu sahaja sebelum dapat kembali membantu pasukan.

“Namun berdasarkan maklumat terkini, doktor mengesahkan saya mengalami MCL yang memaksa berehat lebih lama selain perlu rawatan lebih rapi.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pembukaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Bukit Katil


“Saya mengharapkan kecederaan ini kembali pulih sepenuhnya selewat-lewatnya akhir Januari depan bagi membolehkan saya kembali membantu pasukan dalam mengharungi saingan Liga Super dan Piala Malaysia,” katanya ketika dihubungi NSTP.

Terdahulu menerusi kenyataan media kelabnya kelmarin, pemain berusia 29 tahun itu telah mencapai persetujuan bersama dengan majikannya itu berhubung proses rawatan lanjut bagi kecederaan yang dialaminya.

Menurut kenyataan itu, hasil pemerhatian serta laporan perubatan yang diterima, Mabella disahkan mengalami kecederaan meniscus dan MCL yang memerlukan rawatan khusus serta pemantauan rapi daripada pakar.

Pemain itu juga sudah bersetuju dengan semua syarat yang terkandung dalam dokumen perundangan berkaitan persetujuan bersama tersebut dan kelab membenarkannya untuk kembali ke Perancis bagi mendapatkan rawatan serta pemantauan daripada doktor pakar di sana.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tiga Tahun Memegang Amanah, Tekad Ahmad Zahid Mengupaya Desa Menjulang Negara


Tempoh rawatan dan pemulihan yang diberikan kepada pemain itu adalah sehingga 31 Januari 2026, dia perlu kembali melapor diri pada 1 Februari 2026 bagi penilaian susulan bersama pasukan perubatan kelab.

Mabella luah nada kecewa

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerajaan Komited Selesaikan Isu Perumahan Generasi Baharu FELDA, Bukan Retorik Pilihan Raya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker