Lelaki lemas ketika mandi kolam
Lelaki lemas ketika mandi kolam

KUCHING: Lelaki yang dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam kolam di kawasan Simpang Rumah Panjang Kiroh Bali, di Tatau, Bintulu, semalam ditemui lemas.
Mangsa, Daniel Jumau, 23, ditemui oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak pada jam 10.41 pagi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sarawak berkata, mayat mangsa ditemui pada kedalaman kira-kira enam meter di tengah kolam berkenaan.
Mangsa yang dipercayai mandi di kolam itu disedari hilang selepas rakannya menemui tuala dan seliparnya di tepi kolam petang semalam.
“Bimbang kejadian buruk menimpa mangsa, rakannya membuat laporan polis dan kemudian bomba menerima maklumat berhubung kehilangan mangsa pada jam 6 petang, semalam, sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- #GerikDiHatiku: Dr Asyraf Ziarah Prihatin, Santuni Masyarakat Di Hujung Minggu
- Kerajaan Akan Terus Sokong Pertumbuhan Industri e-Sukan
- Reformasi Bukan Bersifat Sementara… Komitmen Berterusan Kerajaan Perkukuh Institusi
-
Seminar Perancangan Hala Tuju KPT 2026 Rangka Agenda, Keutamaan Sektor Pendidikan Tinggi
Pembukaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Bukit Katil
“Operasi SAR diteruskan pada jam 9.50 pagi ini membabitkan sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau, dibantu empat anggota PPDA dari Bintulu, selain anggota polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Sementara itu, dalam kejadian berasingan di Padawan, seorang wanita yang dilaporkan hilang selepas meninggalkan rumahnya di Kampung Simpok, Padawan, Sabtu lalu, ditemui selamat, hari ini.

Mangsa, Aron Rajak, ditemui sejurus selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) memasuki hari ketiga.
“Mangsa ditemui oleh penduduk di kawasan kebun oleh penduduk Kampung Mundai kira-kira 9.54 pagi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bajet Melaka 2026 : Rais Yasin Terharu Kelulusan SRA Sungai Udang
- Ahmad Zahid Iringi Perjalanan Terakhir Allahyarham Bung Moktar
- Belanjawan Negeri Pahang: Tujuh Teras Utama, Selaras Aspirasi Pahang 1st
Tiga Tahun Memegang Amanah, Tekad Ahmad Zahid Mengupaya Desa Menjulang Negara
“Mangsa dalam keadaan lemah tetapi tidak mengalami sebarang kecederaan dan dibawa ke Hospital Serian untuk pemeriksaan lanjut.
Aron disedari kira-kira jam 9.15 malam Sabtu lalu, selepas dia ke kebun yang tidak jauh dari kediamannya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerjasama MARA Dan Batik Air Bantu Pelajar Miskin, B40 Jadi Jurutera Industri Penerbangan
- Onn Hafiz Serah Bantuan Kasih Johor Di Machap, Kerajaan Negeri Terus Perkukuh Agenda Kebajikan
- KKR Teliti Semula Projek Infrastruktur Awam, Berdasarkan Senarai Keutamaan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kerajaan Komited Selesaikan Isu Perumahan Generasi Baharu FELDA, Bukan Retorik Pilihan Raya
You must be logged in to post a comment.