Laluan Liverpool, Man Utd di Piala FA berbeza

Laluan Liverpool, Man Utd di Piala FA berbeza

Laluan Liverpool, Man Utd di Piala FA berbeza
TROFI Piala FA Inggeris. FOTO Agensi

London: Kelab bermasalah Liverpool berdepan kemungkinan diaibkan selepas undian pusingan ketiga Piala FA Inggeris menyaksikan mereka menentang kelab Liga Satu, Barnsley, menurut undian yang diadakan awal pagi tadi.

Skuad kendalian Arne Slot itu mengharungi musim penuh suram, termasuk usaha mereka terjejas untuk mempertahankan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) selain pendedahan panas penyerang Mohamed Salah mengenai hubungan retaknya dengan pengendali berkenaan.

Liverpool, yang sudah tersingkir daripada Piala Liga, kini menghuni tangga kesembilan EPL sekali gus menjadikan Piala FA laluan paling realistik memburu trofi domestik.

Apa juga masa depan Salah di Anfield – yang kini samar susulan luahan emosinya – bintang Mesir itu tidak akan dapat diturunkan menentang Barnsley di Anfield pada Januari depan.

Salah, yang berang selepas diketepikan bagi tiga perlawanan berturut-turut, akan menyertai Mesir pada kempen Piala Negara-Negara Afrika.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pembukaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Bukit Katil

Pendahulu EPL, Arsenal akan beraksi di gelanggang Liga Kejuaraan apabila berkunjung ke Portsmouth, manakala Wrexham yang disokong pemilik selebriti Ryan Reynolds dan Rob McElhenney menerima kunjungan Nottingham Forest.

Manchester City pula diundi bertemu kelab Liga Satu, Exeter sementara Chelsea berdepan Charlton di The Valley.

Juara bertahan, Crystal Palace akan bertandang ke kelab divisyen keenam, Macclesfield.

Macclesfield, antara empat kelab bukan liga yang masih bersaing ketika undian diadakan, kini menghuni tangga ke-14 Liga Nasional Utara.

Kelab Liga Nasional Selatan, Weston-super-Mare akan bertemu Grimsby dari Liga Dua, yang sebelum ini menyingkirkan Manchester United dalam saingan Piala Liga musim ini.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tiga Tahun Memegang Amanah, Tekad Ahmad Zahid Mengupaya Desa Menjulang Negara

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerajaan Komited Selesaikan Isu Perumahan Generasi Baharu FELDA, Bukan Retorik Pilihan Raya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker