KKR Teliti Semula Projek Infrastruktur Awam, Berdasarkan Senarai Keutamaan
KKR Teliti Semula Projek Infrastruktur Awam, Berdasarkan Senarai Keutamaan

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengangkat permohonan projek kerja awalan projek naik taraf laluan Persekutuan dari Kota Sarang Semut ke persimpangan Tandop, daerah Kota Setar, Kedah Darul Aman melibatkan kerja reka bentuk serta pengambilan tanah untuk tujuan kelulusan agensi Pusat.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan berkata, kementerian akan meneliti semula cadangan projek berkenaan sekiranya ia dikemukakan oleh kerajaan negeri berdasarkan senarai keutamaan pada masa akan datang.
“Kementerian ini akan meneliti cadangan projek ini apabila dimohon oleh kerajaan negeri berdasarkan senarai keutamaan negeri pada masa yang akan datang dan akan diberi pertimbangan yang sewajarnya untuk diangkat kepada agensi pusat jika memenuhi keperluan teknikal untuk dilaksanakan, tertakluk kepada agihan peruntukan pembangunan kepada kementerian ini.
“Permohonan tersebut tidak mendapat kelulusan agensi pusat berdasarkan senarai keutamaan dan kedudukan kewangan kerajaan pada masa kini,” katanya di Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab persoalan Senator Musoddak Ahmad minta Menteri Kerja Raya menyatakan perancangan kerajaan untuk menaik taraf jalan Persekutuan dari Kota Sarang Semut ke Persimpangan Tandop bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur dan keselamatan pengguna jalan raya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bajet Melaka 2026 : Rais Yasin Terharu Kelulusan SRA Sungai Udang
- Ahmad Zahid Iringi Perjalanan Terakhir Allahyarham Bung Moktar
- Belanjawan Negeri Pahang: Tujuh Teras Utama, Selaras Aspirasi Pahang 1st
Tiga Tahun Memegang Amanah, Tekad Ahmad Zahid Mengupaya Desa Menjulang Negara
Mengulas lanjut, Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian menjelaskan langkah tersebut penting bagi memastikan projek infrastruktur dan kemudahan awam yang memberi impak besar kepada kesejahteraan rakyat dapat diteruskan tanpa penangguhan berpanjangan.
“Cadangan projek tersebut dikemukakan semula kepada pihak kerajaan negeri melalui unit perancang ekonomi negeri atau JKR (Jabatan Kerja Raya) Negeri untuk dimasukkan dalam senarai keutamaan negeri dalam Rolling Plan (RP) yang akan datang,” ujarnya. – UMNO Online
KKR Teliti Semula Projek Infrastruktur Awam, Berdasarkan Senarai Keutamaan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- #GerikDiHatiku: Dr Asyraf Ziarah Prihatin, Santuni Masyarakat Di Hujung Minggu
- Kerajaan Akan Terus Sokong Pertumbuhan Industri e-Sukan
- Reformasi Bukan Bersifat Sementara… Komitmen Berterusan Kerajaan Perkukuh Institusi
-
Seminar Perancangan Hala Tuju KPT 2026 Rangka Agenda, Keutamaan Sektor Pendidikan Tinggi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pembukaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Bukit Katil
You must be logged in to post a comment.