Kerjasama MARA Dan Batik Air Bantu Pelajar Miskin, B40 Jadi Jurutera Industri Penerbangan

Kerjasama MARA Dan Batik Air Bantu Pelajar Miskin, B40 Jadi Jurutera Industri Penerbangan

Kerjasama MARA Dan Batik Air Bantu Pelajar Miskin, B40 Jadi Jurutera Industri PenerbanganKUALA LUMPUR, 8 Dis – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pagi tadi dikunjungi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Batik Air Datuk Chandran Rana Muthy, bagi membincangkan kerjasama strategik antara kedua-duanya.

Kata Setiausaha Agung UMNO itu, pertemuan tersebut bertujuan mahu membangunkan anak-anak pelajar miskin dan B40 khusus lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) untuk dilatih menjadi jurutera profesional dalam industri penerbangan.

“Buat permulaan, MARA dan Batik Air akan memilih 50 pelajar MRSM lepasan SPM berpandukan keputusan percubaan SPM 2025 daripada keluarga B40, untuk memasuki bidang profesional kejuruteraan berimpak tinggi seperti Computer, Aided, Aircraft and Design (CAAD), Program Lesen Aircraft Maintenance, serta bidang Avionics, khususnya dalam sektor Maintenance, Repair and Overhaul (MRO) yang sangat kritikal kepada operasi syarikat penerbangan seperti Batik Air.

“Batik Air bersedia melatih mereka dengan kerjasama MARA dan mengambil mereka terus bekerja dengan gaji minima RM3,500. Jika mereka lulus sijil profesional kejuruteraan CAAD yang diiktiraf antarabangsa selama empat tahun pengajian, mereka juga boleh mendapat gaji antara RM15,000 hingga RM20,000,” katanya menerusi satu catatan di Facebook.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tiga Tahun Memegang Amanah, Tekad Ahmad Zahid Mengupaya Desa Menjulang Negara


Seterusnya Dr Asyraf berkata jika program rintis 50 orang pertama ini berjaya, MARA akan meluaskan lagi program ini melalui institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) MARA yang beliau dimaklumkan oleh Chandran, mempunyai permintaan yang amat tinggi dalam industri penerbangan dan Aviation bukan hanya dalam negara bahkan di peringkat antarabangsa.

“Saya yakin hanya dengan ilmu dan kemahiran tinggi sahaja boleh merubah nasib anak-anak bangsa yang datang dari latar keluarga berpendapatan rendah dan miskin. MARA komited untuk membantu anak-anak B40 dan miskin bagi merubah kehidupan mereka,” katanya.

Dalam ruangan komen di media sosialnya itu, Dr Asyraf menambah sejurus pelajar-pelajar SPM tahun ini selesai peperiksaan, proses pemilihan akan dilakukan berasaskan keputusan percubaan.

“Dijangkakan suku pertama tahun hadapan kita akan mengambil batch pertama untuk menjalani program ini.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerajaan Perak Jawab Kritikan: Tegaskan Fakta, Tolak Fitnah dan Politik Persepsi


“I’m a man of action. Tidak perlu banyak sangat mesyuarat, tadi terus bersetuju untuk mulakan kerjasama ini dengan meletakkan sasaran paling awal Januari (2026) proses pemilihan harus bermula dan pertengahan tahun program boleh terus dilaksanakan,” katanya.

Jelasnya lagi, kerajaan telah mengumumkan bahawa negara mengalami kekurangan jurutera seramai 60,000 orang dan dengan melebarkan kerjasama latihan bersama industri seperti Batik Air, beliau yakin MARA boleh membantu secara lebih berkesan. – UMNO ONLINE

Kerjasama MARA Dan Batik Air Bantu Pelajar Miskin, B40 Jadi Jurutera Industri Penerbangan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pembukaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Bukit Katil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker