Kerajaan Komited Selesaikan Isu Perumahan Generasi Baharu FELDA, Bukan Retorik Pilihan Raya

Kerajaan Komited Selesaikan Isu Perumahan Generasi Baharu FELDA, Bukan Retorik Pilihan Raya

Kerajaan Komited Selesaikan Isu Perumahan Generasi Baharu FELDA, Bukan Retorik Pilihan Raya

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias tegas berkata kerajaan negeri tidak sesekali memandang isu Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) sebagai retorik pilihan raya, sebaliknya sebagai amanah membela generasi peneroka FELDA.

Ujar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan itu, isu ini menjadi perjuangannya sejurus beliau mengangkat sumpah menjadi Ahli Parlimen Jelebu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang dan Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan.

“Secara ringkasnya, saya memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan tidak berhenti untuk komited memastikan projek perumahan PGBF yang tertangguh dapat disiapkan secara teratur dan berfasa.

“Melalui peruntukan di bawah Kertas Putih FELDA, baki 2,546 unit di seluruh negara sedang dipulihkan, termasuk 909 unit di Negeri Sembilan yang kini berada pada tahap pemulihan dan penyelesaian teknikal,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tiga Tahun Memegang Amanah, Tekad Ahmad Zahid Mengupaya Desa Menjulang Negara


Ulasnya, pagi tadi di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), beliau menjawab isu perumahan Generasi Kedua FELDA, yang dibangkitkan oleh pembangkang ADUN Serting.

Jelas Jalaluddin, ADUN Serting bertanya dengan penuh sisipan politik, namun beliau menjawab pada dasar tatakelola yang tulen.

Tambah Jalaluddin lagi, di Wilayah Raja Alias, beberapa tapak PGBF seperti Palong 8, Pasoh 2, Bukit Jalor dan Bukit Rokan Utara terlibat dengan proses pemantauan, penyiapan semula, serta pembetulan dokumen kelulusan untuk mendapatkan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).

“Selain itu, tiga tapak melibatkan 510 unit (Pasoh 3, Palong 12 dan Palong 16) telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri untuk pelaksanaan semula, dan kini PKNNS (Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan) sedang melalui proses RFP (Request For Proposal) untuk memilih syarikat yang layak menyelesaikan pembinaan,” katanya.

Justeru, Jalaluddin memberi komitmen walaupun pelbagai permasalahan berlaku, namun setiap unit yang tertangguh akan diselesaikan secara berperingkat demi masa depan anak-anak peneroka. – UMNO ONLINE

Kerajaan Komited Selesaikan Isu Perumahan Generasi Baharu FELDA, Bukan Retorik Pilihan Raya

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker