Hoki 5s hampiri pingat emas Sukan Sea
Hoki 5s hampiri pingat emas Sukan Sea

Bangkok: Ketua jurulatih skuad hoki 5 sebelah (5s) negara, Wan Roslan Wan Abdul Rahman mengakui final Sukan Sea esok bakal menjadi pentas paling getir buat anak buahnya, namun menegaskan mereka langsung tidak gentar walaupun dua pencabar utama, Indonesia dan Thailand, masing-masing ditunjangi ‘otai’ hoki Malaysia.
Indonesia kini dipacu Pengarah Teknikal Federasi Hoki Indonesia (FHI), Muhamad Dharma Raj Abdullah, nama besar yang pernah mengemudi skuad remaja lelaki negara dan pasukan wanita meraih kejayaan membanggakan.
Beliau turut dibantu jurulatih berpengalaman, Iman Gobinathan, selain memegang peranan membimbing skuad wanita hoki 5s negara jiran itu.
“Mereka sekarang memang fokus kepada hoki 5s memandangkan tak boleh bersaing dalam acara hoki padang. Untuk acara hoki 5s, mereka boleh mendapatkan pingat emas.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- #GerikDiHatiku: Dr Asyraf Ziarah Prihatin, Santuni Masyarakat Di Hujung Minggu
- Kerajaan Akan Terus Sokong Pertumbuhan Industri e-Sukan
- Reformasi Bukan Bersifat Sementara… Komitmen Berterusan Kerajaan Perkukuh Institusi
-
Seminar Perancangan Hala Tuju KPT 2026 Rangka Agenda, Keutamaan Sektor Pendidikan Tinggi
Pembukaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Bukit Katil
“Mereka gunakan pendekatan sama seperti hoki dalam dewan, dan pemain-pemain mereka adalah serpihan daripada pasukan dalam dewan,” katanya.
Untuk rekod, Indonesia yang mendapat sentuhan Dharma, mencipta sejarah memenangi pingat emas acara hoki dalam dewan pada Sukan Sea Kemboja 2023 dengan mengecewakan Malaysia 4-2 di pentas final.
Sementara itu, Thailand pula tidak kurang ‘berbisa’ apabila dibimbing Megat Azrafiq Megat Termizi, jurulatih yang mencipta sejarah membawa skuad 5s remaja negara muncul juara Sukan Olimpik Remaja 2018 serta bekas ketua jurulatih Speedy Tigers, Tai Beng Hai.
Namun, Wan Roslan percaya siapa pun lawan di final dekat Stadium Hoki Royal Thai Air Force esok, misi skuad negara tetap mahu merangkul pingat emas pada acara yang pertama kali dipertandingkan di Sukan Sea itu.
“Saya tetap dengan sasaran memenangi pingat emas kerana kejayaan itu akan membuka mata semua mengenai kemampuan skuad hoki 5s negara. Saya mahu program yang lebih tersusun selepas ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bajet Melaka 2026 : Rais Yasin Terharu Kelulusan SRA Sungai Udang
- Ahmad Zahid Iringi Perjalanan Terakhir Allahyarham Bung Moktar
- Belanjawan Negeri Pahang: Tujuh Teras Utama, Selaras Aspirasi Pahang 1st
Tiga Tahun Memegang Amanah, Tekad Ahmad Zahid Mengupaya Desa Menjulang Negara
“Kita juga perlu menang untuk kekalkan status sebagai gergasi hoki Asia Tenggara,” tegasnya.
Malaysia ketika ini berada dalam prestasi terbaik apabila menutup aksi round robin dengan rekod bersih membenam Indonesia 4-2, membelasah Filipina 18-0 dan menumpaskan Thailand 9-1, semalam.
Mereka akan turun bertemu Filipina pada separuh akhir esok, aksi yang dianggap sekadar ‘pemanas badan’ sebelum menanti Indonesia atau Thailand di pentas final pada hari sama.
Skuad wanita negara turut mempamerkan dominasi sama selepas menewaskan Indonesia 5-3, Filipina 13-0 dan Thailand 7-2.
Mereka juga akan ‘memanaskan badan’ berdepan Filipina di separuh akhir sebelum menentukan menentang pemenang antara Thailand atau Indonesia pada satu lagi aksi separuh akhir, di pentas final.
Hoki 5s hampiri pingat emas Sukan Sea
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerjasama MARA Dan Batik Air Bantu Pelajar Miskin, B40 Jadi Jurutera Industri Penerbangan
- Onn Hafiz Serah Bantuan Kasih Johor Di Machap, Kerajaan Negeri Terus Perkukuh Agenda Kebajikan
- KKR Teliti Semula Projek Infrastruktur Awam, Berdasarkan Senarai Keutamaan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kerajaan Komited Selesaikan Isu Perumahan Generasi Baharu FELDA, Bukan Retorik Pilihan Raya
You must be logged in to post a comment.